BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Wednesday 27 April 2011

Tazkirah: Makluman Pensijilan Halal di Hotel & Resort


366 HOTEL DAN RESORT MEMILIKI SIJIL HALAL MALAYSIA

Sebanyak 366 buah hotel dan resort sudah menerima sijil halal Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ia adalah jumlah yang diluluskan daripada 680 permohonan setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom berkata, daripada jumlah keseluruhan penarafan tersebut, sejumlah 289 ditauliah oleh JAIN manakala 77 lagi diiktiraf oleh Jakim. Menurutnya, senarai terkini menunjukkan 273 hotel bertaraf tiga hingga lima bintang mendapat sijil halal, selain 53 hotel satu hingga dua bintang dan selebihnya adalah hotel bajet dan resort yang menyediakan perkhidmatan sajian.

Menurut beliau lagi, Jakim dan JAIN dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan  MAHO (Persatuan Pemilik Hotel Malaysia) mahu mencapai sasaran 412 buah hotel bertaraf tiga hingga lima yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan sebagai pemegang sijil halal Malaysia menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan pada 23 Februari 2011 selepas menyampaikan sijil halal kepada dua hotel terbaru yang diiktiraf iaitu Pullman Hotel Putrajaya dan Thistle Hotel. - JAKIM

::: Satu langkah yang produktif oleh hotel-hotel terlibat.. At list takdela kita was-was lagi lepas ni nak makan di hotel2 berkenaan. Hari tu kecoh kejap pasal kes ni.. Untuk mengenalpasti hotel dan resort yang telah mendapat sijil HALAL bolehlah ke laman web http://www.halaljakim.gov.my lepas tu klik pada banner SENARAI HOTEL (HOTEL LIST). 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...