BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Wednesday 8 June 2011

Info: UNIMAS disenaraikan antara 200 Universiti terbaik di Asia


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disenaraikan antara 200 Universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini. Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan bahawa faktor Universiti muda dan terpencil dari arus permodenan bukan mejadi alasan untuk Unimas berdiri setanding dengan universiti terbaik yang lain di Asia.

Berita baik ini telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid. Menurut beliau, penganugerahan  ini merupakan hasil daripada usaha warga Unimas yang sentiasa memberi tumpuan khususnya dalam meningkatkan profil Universiti itu di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, aktiviti penyelidikan yang aktif serta peningkatan kualiti pada setiap usaha sama yang dijalankan turut menyumbang kepada penganugerahan ini.

“Kita telah memberi tumpuan terhadap kualiti dalam semua aspek Core Business kita. So sebab itu kita telah melihat dari segi Bench-Mark kita setiap apa yang kita buat, melihat kepada pencapaian yang dibuat oleh Universiti-Universiti lain. Jadi syukurlah dengan usaha kita selama tiga tahun lepas telah membuahkan hasil. Very pleasant surprise for us. Actually we don’t expect. Alhamdulillah” kata Prof. Datuk Dr. Khairuddin Hamid

Tambah beliau, Unimas kini dalam rangka untuk menjadikan Universiti itu sebagai  salah sebuah Universiti penyelidikan di negara ini menjelang 2015. “Jadi, fasa seterusnya adalah untuk mencapai kecemerlangan. Mulai sekarang hingga tahun 2015, matlamat kita adalah untuk mencapai kecemerlangan dengan kata lain untuk mencapai status Universiti penyelidikan pada tahun 2015.

Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS. Untuk pengambilan sesi kedua ini, seramai 611 pelajar telah dipilih daripada 10, 000 yang memohon untuk mengikuti program asasi sains. Jumlah ini juga telah meningkat lebih 50 peratus jika dibandingkan dengan jumlah kumpulan pertama pada tahun lepas, hanya seramai 260 orang pelajar. Peningkatan jumlah ini  telah mebuktikan bahawa program asasi sains Unimas ini dikenali oleh masyarakat dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan ibu bapa.


Kebanyakan pelajar yang ditemui  melahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program asasi sains di UNIMAS, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga. “Ini merupakan kali pertama saya datang ke sarawak dan saya berharap saya akan dapat belajar dengan baik dan dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di sini”, kata Nor Eizzah Lia Mohd. Nafi, pelajar Program Asasi Sains Hayat.

Bagi Mohd. Iqbal pula, terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS merupakan pengalaman yang paling menyeronokan. “Datang ke Sarawak seorang diri memberikan saya satu pengalaman yang menyeronokan kerana apa yang saya dapat adalah saya dapat pergi ke satu tempat yang baru, saya dapat belajar untuk berdikari, belajar jauh daripada keluarga, untuk mencapai cita-cita saya sendiri” katanya.


Sila rujuk web Top Universities untuk ranking UNIMAS & Universiti lain


Komen aku: Tahniah kepada UNIMAS... Prestasi yang amat membanggakan.. and especially to the VC... (Just take a look at the very2 cool n nice guy on the picture above)

Thank you Prof..

Untuk makluman.. our VC Prof Datuk Khairuddin ni dulu Dekan Fakulti IT waktu aku belajar kat sana.. belum dapat Datuk lagi waktu tu.. Tak silap waktu tu Prof.Madya.. aku lupe la... back to story.. my final year.. aku  gagal dan diberhentikan.. Tu la.. salah sendiri.. Nasib Prof terima rayuan aku (rasa tahun 2000) untuk habiskan study lagi one more year.. Prof lak siap bagi sokongan  dan dorongan moral supaya aku study baik2 sem akan datang... lulus dan grad.. Alhamdulillah.. Aku dah grad on early 2002 n now keje n bisnes dalam bidang ICT gak.. Kalau Prof tak terima rayuan aku dulu.. tak tau la aku buat apa skrg ni...  huhu.. aku pun dah nak masuk anak yg ke 2 pun tak lama g.. Once again.. thank you Prof.. Terima kasih... Jasamu  amat dikenang.. Semoga  Prof  dan UNIMAS amnya akan terus kukuh, padu, diberkati dan terkenal di Malaysia dan seluruh dunia..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...