BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Monday 15 August 2011

Info: Argh!!! Stresnya

Setiap orang tidak pernah terlepas daripada mengalami stres. Stres adalah respon tubuh badan dalam menghadapi pelbagai tuntutan kehidupan. Tuntutan hidup adalah perkara-perkara yang datang dari luar seperti surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan atau pasangan hidup. Tuntutan hidup juga datang daripada fikiran sendiri seperti penilaian terhadap diri sendiri.

Stres acap kali dikategorikan sebagai sesuatu perkara yang buruk / negatif, namun secara realitinya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Ia juga bergantung kepada cara atau teknik seseorang itu mengendalikan stres.

Antara teknik yang digunakan untuk mengatasi stres yang sihat adalah dengan tidur sejenak. Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan kembali tubuh badan. Contoh orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
Urutan juga boleh mengendurkan urat-urat yang tegang ketika stres. Mengunjungi pakar urut profesional atau meminta pasangan atau sahabat mengurut otot-otot leher dan bahu juga boleh menghilangkan perasaan stres. Mandi dengan air pancuran juga merupakan satu kaedah urutan dengan titisan-titisan ke badan yang boleh melegakan dan menyegarkan badan.

Jadilah orang yang kreatif dan gunakan tenaga secara positif dengan melukis atau memainkan alat muzik. Muzik adalah media untuk meredakan stres yang sangat baik dan membantu melegakan stres. Ketawa boleh menyebabkan stres menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.

Bersikap lembut terhadap diri sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Pembicaraan positif boleh mengaktifkan sisten saraf yang menimbulkan perasaan relaks, dan sebaliknya, pembicaraan negatif menyebabkan rangsangan sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa lesu.

Nurul Aina Ibrahim Istar, 6 Januari 2011
Forum Air Malaysia

Sumber KonsumerKINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...