BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Wednesday 10 August 2011

BURSA MALAYSIA: Jualan Panik Seret Turun Saham Kl Pada Tengah Hari


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Aktiviti jualan panik di seluruh papan pada tengah hari isnin menyeret turun petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM (FBM KLCI) sebanyak tiga peratus kepada 1,477.8, kata para peniaga.

Mereka berkata laporan berita kemungkinan berlakunya krisis kewangan baharu global dan kesannya terhadap Asia telah mencetuskan jualan panik di pasaran ekuiti di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Pada akhir sesi pagi, hampir semua saham wajaran tinggi dan kaunter saham mewah berada dalam segmen negatif.

Pada tengah hari, FBM KLCI turun 46.63 mata kepada 1,477.8, selepas dibuka 9.24 mata lebih rendah pada 1,515.19, berbanding penutupan 1,524.43 pada Jumaat.

Menurut MIDF Research, pelabur asing telah menjual pegangan mereka di kebanyakan bursa Asia termasuk Malaysia, dengan sebahagian malahan meninggalkan pasaran.

Ia berkata keputusan agensi penarafan Standard and Poors (S&P) menurunkan penarafan kredit Amerika Syarikat akan memburukkan situasi pasaran dengan peningkatan kemudahruapan minggu ini.

Sementara itu, Indeks Kewangan susut 428.301 mata kepada 14,060.85, Indeks Perladangan turun 390.27 mata kepada 7,202.67 dan Indeks Perusahaan berkurangan 58.38 mata kepada 2,699.86.

Indeks FBM Emas susut 397.35 mata kepada 10,080.95, Indeks FBM Ace berkurangan 308.02 mata kepada 3,742, FBMT100 turun 361.51 mata kepada 9,906.24 dan Indeks FBM 70 jatuh 597.49 mata kepada 10,915.63.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,091 berbanding 31 dengan 44 kaunter tidak berubah, 325 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.108 bilion saham bernilai RM1.781 bilion.

Bagi kaunter cergas, Axiata Group turun 13 sen kepada RM4.94, Malaysia Building Society-Warr 11/16 susut 6.5 sen kepada 69 sen dan UEM Land Holdings berkurangan 30 sen kepada RM2.07.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun 30 sen kepada RM8.47, CIMB susut 10 kepada RM8.19, Sime Darby berkurangan 35 sen kepada RM8.70 dan Petronas Chemicals jatuh 44 sen kepada RM6.15.

-- BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BURSA MALAYSIA: Saham KL Susut Mendadak

 KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup susut mendadak Jumaat apabila pelabur-pelabur mengetepikan saham dan sebaliknya memilih aset selamat, ekoran kebimbangan baharu tentang krisis hutang Eropah dan prospek ekonomi global yang semakin suram, kata peniaga.

Mereka berkata di seluruh rantau ini, semua pasaran bergerak seiringan dan mencatatkan kejatuhan besar-besaran.

Indeks asas FBM KLCI turun 22.46 mata kepada 1,524.43, terendah sejak 10 Mei 2011.

Indeks Kewangan jatuh 271.699 mata kepada 14,489.15, Indeks Perladangan susut 145.51 mata kepada 7,592.94 dan

Indeks Perusahaan turun 46.81 mata kepada 2,758.24.

Indeks FBM Emas menjunam 201.851 mata kepada 10,478.30, Indeks FBM Ace jatuh 166.47 mata kepada 4,050.02 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 335.38 mata kepada 11,513.12.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 934 berbanding 60 manakala 152 kaunter tidak berubah, 353 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung urus niaga.

Bagaimanapun, jumlah dagangan bertambah kepada 1.78 bilion saham bernilai RM3.67 bilion daripada 1.16 bilion saham bernilai RM1.55 bilion semalam.

Antara saham cergas, Sanichi Technology turun dua sen kepada 8.5 sen, AirAsia jatuh 15 sen kepada RM3.95 dan Malaysia Building Society-waran 11/16 susut 4.5 sen kepada 75.5 sen.

Namun demikian, Axiata Group kekal pada RM5.07,

Bagi saham-saham berwajaran tinggi, Maybank berundur lapan sen kepada RM8.77, CIMB jatuh 11 sen kepada RM8.29, Petronas Chemicals susut 32 sen kepada RM6.59 dan Petronas Gas berkurangan 22 sen kepada RM13.12.

Catcha Media, bagaimanapun, menungkah arus meningkat 14 sen kepada 90 sen ekoran berita tentang penyertaan pemegang saham besar baharu.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 1.349 bilion saham bernilai RM3.596 bilion daripada 702.706 juta saham bernilai RM1.466 bilion semalam.

Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 275.994 juta unit bernilai RM55.789 juta daripada 370.385 juta unit bernilai RM63.521 juta sebelumnya.

Waran meningkat jumlahnya kepada 135.206 juta saham bernilai RM16.378 juta daripada 72.146 juta saham bernilai RM11.083 juta.

Barangan pengguna menyumbang 53.6 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 229.5 juta, pembinaan 110 juta, perdagangan dan perkhidmatan 450.2 juta, teknologi 22.1 juta, prasarana 16.4 juta, kewangan 201.4 juta, hotel 1.5 juta, harta 173 juta, perladangan 71 juta, perlombongan 181,900, REIT 5.8 juta dan dana tertutup 227,900.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...