BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Wednesday 10 August 2011

BURSA MALAYSIA: Saham Turun, FBMKLCI Susut Di Bawah Paras 1,500


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Harga saham di Bursa Malaysia turun semasa ditutup hari ini setelah para pelabur terus menjual pegangan mereka dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dan saham berharga murah, kata peniaga-peniaga.

Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur turun 27.44 mata, atau 1.8 peratus, untuk ditutup pada 1,496.99, susut di bawah paras 1,500 untuk pertama kali sejak 17 Mac, 2011.

Bagaimanapun, kegiatan membeli semasa saham berharga murah dalam beberapa saham wajaran tinggi seperti CIMB berjaya menahan kerugian daripada kerugian yang teruk selepas sesi dagangan pagi, kata para peniaga.

Indeks Kewangan turun 181.091 mata kepada 14,308.06, Indeks Perladangan susut 321.96 mata kepada 7,270.98 dan Indeks Perusahaan berkurangan 50.64 mata kepada 2,707.6.

Indeks FBM Emas susut 250.35 mata kepada 10,227.95, Indeks FBM Ace berkurangan 211.12 mata kepada 3,838.9, FBMT100 turun 223.59 mata kepada 10,044.16 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 407.69 mata kepada 11,105.43.

Saham rugi mengatasi untung pada 1,051 berbanding 67 manakala 99 kaunter tidak berubah, 274 tidak didagangkan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.937 bilion saham bernilai RM3.612 bilion daripada 1.78 bilion saham bernilai RM3.672 bilion pada Jumaat lepas.

Antara saham aktif, Axiata Group turun lapan sen kepada RM4.99 dan UEM Land Holdings susut 21 sen kepada RM2.16.

Bagaimanapun, CIMB, menambah satu sen kepada RM8.30.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun 14 sen kepada RM8.63, Sime Darby susut 10 sen kepada RM8.95 manakala Petronas Chemicals berkurangan 16 sen kepada RM6.43.

Hong Leong Investment Bank, dalam nota penyelidikannya berkata petunjuk kurang memberangsangkan, menunjukkan FBM KLCI berkemungkinan kekal dalam pembetulan tetapi bursa tempatan diunjur stabil atau menunjukkan pemulihan sederhana dengan petunjuk terlebih jual.

"Walaupun pasaran kita dijangka menunjukkan permulaan yang tidak menentu minggu ini, kerugian berterusan akan memburukkan keadaan pasaran terlebih jual.

"Penurunan yang seterusnya boleh merupakan peluang belian bagi mereka yang mengambil risiko, dengan komitmen kukuh daripada kerajaan untuk memacu langkah pengembangan domestik," katanya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.502 bilion saham bernilai RM3.545 bilion daripada 1.349 bilion saham bernilai RM3.597 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 269.845 juta unit bernilai RM48.435 juta daripada 275.994 juta unit bernilai RM55.789 juta sebelumnya.

Waran naik kepada 156.008 juta saham bernilai RM15.768 juta daripada 135.206 juta saham bernilai RM16.378 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 71.455 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 263.005 juta, pembinaan 112.439 juta, dagangan dan perkhidmatan 493.627 juta, teknnologi 35.139 juta, infrastruktur 25.847 juta, kewangan 203.046 juta, hotel 2.374 juta, hartanah 211.616 juta, perladangan 60.153 juta, perlombongan 189,500, REIT 13.747 juta dan tertutup/dana 403,700.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...