BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Wednesday 25 May 2011

Info: Kesan GST Kepada Pengguna


Kerajaan tetap dengan pendirian untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Namun terdapat segolongan rakyat Malaysia yang risau dengan pendirian kerajaan kerana beranggapan pelaksanaan GST akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

Apabila GST dilaksanakan, kerajaan telah memberi jaminan akan mengurangkan cukai pendapatan individu. Pengurangan ini membantu pengguna yang terpaksa membayar cukai pendapatan, dan dalam masa yang perlu membayar GST.

Pelaksanaan GST juga turut mengurangkan cukai korporat. Mengikut kajian apabila cukai korporat dikurangkan akan menjemput syarikat luar negara untuk melabur di Malaysia.
Dalam pelaksanaan GST beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti sayur-sayuran, beras, garam, minyak masak, tepung, telur, ikan, ayam, daging, 200 unit pertama elektrik dan 35 meter padu pertama air tidak dikenakan GST.

GST adalah sistem percukaian yang dikutip pada setiap peringkat. Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit.

Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dikuatkuasakan mulai April 2011. Tujuan utama Akta ini adalah untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga barang atau caj perkhidmatan yang melambung tinggi. Akta ini mencegah peniaga daripada mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah sehingga menjejaskan kepentingan pengguna.

Apabila GST dilaksanakan, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna daripada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang atau caj perkhidmatan pada paras yang tidak munasabah.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Thursday, 19 May 2011
Sumber http://www.konsumerkini.net.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...