BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Tuesday, 12 July 2011

Info: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pajak Gadai


Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gadai meruapakan cara yang mudah, selesa dan cepat untuk mendapatkan wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu/terpedaya.

Definasi:
a) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pernbayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000 yang telah didahulukan. Sebagai contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pernbayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.

b) Pemajak Gadai
Akta mendefinisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan golongan di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak, misalnya tidak boleh diminta oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apaapa transaksi undang-undang.

Perlu Sentiasa Beringat
  1. Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
  2. Selepas tarikh luput, semua barangan yang digadai yang nilainya kurang daripada RM200 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
  3. Semua barang yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM200 boleh dilelong oieh kedai pajak gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal daripada jualan barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
  4. Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tujuh hari sebelum urusan pelelongan.
  5. Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai.Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan peleiongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.
  6. Kedai pajak gadai adalah bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran.
  7. Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.
  8. Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pejabat Ketua Setieausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaaan Tempatan.
  9. Jika anda kehilangan resit/ tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
  10. Jika anda merasa bahawa gadaian anda berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan gadaian anda, buatlah aduan kepada majistret. Majistret mempunyai kuasa untuk memerintah kedai pajak gadai untuk membayar gantirugi yang munasabah.
  11. Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan mempunyai lesen yang sah.
  12. Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah sama dengan surat pajak gadai yang anda terima
Jayasilan Kandasamy, 16 Mei 2011
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Sumber KonsumerKINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...