Hari ni aku nak cite sket pasal PIDM ni... Mgkn ada 3 part kot..Ni part pengenalan.. Mmg korang takkan perasan nye apa bende PIDM ni.. Apa fungsinye, apa bendenye.. Okla..Nak cite skit kalau ko g mana2 bank..cuba cek kat pintu masuk tu.. mesti ada nye sticker PIDM ni.. Ada tak? kalau takde tu payah tu beb.. bank tu tak register dengan PIDM.. haha.. meh kite cek apa fungsi dan sebagainye pasal PIDM ni...
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) pada tahun 2005. Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit, serta mentadbir satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.
Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM mempunyai kuasa meluas untuk menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, melakukan intervensi dan resolusi institusi ahli yang bermasalah serta bertindak bagi memelihara kepentingan pendeposit dan pemilik polisi.
PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan. Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC), terutama sekali di peringkat antarabangsa.
Apakah perlindungan yang disediakan oleh PIDM?
1. Sistem Insurans Deposit
Melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di ahli penerima deposit, sekiranya berlaku kegagalan ahli penerima deposit.
2. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans daripada kehilangan manfaat takaful dan insurans yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.
Mandat Kami
Mandat PIDM digariskan dalam Akta PIDM dan matlamatnya adalah untuk :
- Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful insurans;
- Menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit yang baginya ahli penerima deposit adalah bertanggungan serta menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans yang baginya ahli penginsurans adalah bertanggungan;
- Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan; dan
- Menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.
Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.
Visi Kami
Penginsurans dengan amalan terbaik.
Misi Kami
Kami akan:
- Melindungi deposit Islam dan konvensional
- Melindungi manfaat takaful dan insurans
- Memenuhi mandat kami dengan cara yang efisien dan efektif, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami
Teras Strategik Kami
- Kecemerlangan operasi
- Tadbir urus yang mantap
- Keyakinan awam terhadap system kewangan
Objektif Korporat Kami
- Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat
- Perkongsian efektif
- Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik
- Penilaian dan pemantauan risiko serta keupayaan resolusi yang kukuh
- Amalan urusan dan kewangan yang mantap
- Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan
- Persekitaran korporat yang kondusif
Nilai Korporat Kami
- Pengelolaan Kewangan yang Berhemat
- Kecemerlangan dan Profesionalisme
- Hormat dan Adil
- Integriti dan Kebolehpercayaan
- Komunikasi dan Kerja Berpasukan
sumber PIDM
No comments:
Post a Comment