BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Saturday, 30 July 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Bulan mulia, bulan Ramadhan akan menjelma. Esok (Ahad) kita akan melihat anak bulan untuk menentukan tarikh berpuasa yakni 1 Ramadhan pada tahun ini. Insyallah berkemungkinan akan bermula pada hari Isnin.. Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini akan dapat mempertingkatkan amalan dan taqwa kita kepada Allah SWT.  Berikut adalah di antara kelebihan berpuasa:

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

Nabi saw bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber Blog Tazkirah


SELAMAT BERPUASA!!

Friday, 29 July 2011

Hadith Minggu Ini: Usah Pentingkan Diri Sendiri


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).

Sumber JAKIM

Wednesday, 27 July 2011

Daniel: Julai 2010 Part II

25hb Julai





31hb Julai




The best of Pearl Jam - Alive

Layan....

Monday, 25 July 2011

Malaysia Berhadapan Dengan Masalah Belia Yang Gemar Memilih Pekerjaan


SUNGAI PETANI, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia berhadapan dengan masalah belia yang gemar memilih pekerjaan sedangkan negara telah banyak menyediakan peluang pekerjaan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kini pengangguran bukan isu tetapi ia berkaitan dengan jenis pekerjaan yang digemari belia yang memilih bidang pekerjaan yang mereka suka sahaja.

Bagaimanapun katanya kadar pengangguran di Malaysia bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini tidak berada dalam keadaan serius, hanya mencatatkan 3.6 peratus sahaja dan mengikut takrifan antarabangsa, Malaysia masih dalam kategori mempunyai peluang pekerjaan sepenuhnya.

"Dibandingkan dengan negara-negara yang menghadapi masalah pengangguran, Malaysia tidak teruk kerana berada di bawah 4.0 peratus dan kita masih dalam kategori peluang pekerjaan sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan MySkills 2011 peringkat negeri Kedah di sini.

Beliau menambah golongan tersebut kini menggemari jenis pekerjaan dalam bidang automotif, teknologi maklumat, perhotelan dan kecantikan. Mengenai My Skills 2011, beliau berkata lebih 2,000 pengunjung hadir menjayakannya dan dari jumlah itu lebih 900 orang mendaftar untuk menyertai kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi kemahiran milik kerajaan dan swasta.

My Skills 2011 menawarkan lebih 6,000 kursus percuma di seluruh negara yang mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kerja Raya selain Kementerian Sumber Manusia.

-- BERNAMA

Sunday, 24 July 2011

Happy Birthday Mama

MAMA,


HAPPY BiRTHDAY!!!


DANIEL & PAPA SAYANGGG SGT2 KAT MAMA

Saturday, 23 July 2011

Daniel: Satu Ketika...Santai..

Masa: Petang
Tarikh: 23 April 2011
Perkara: Memikirkan Sesuatu


Daniel Terserempak Dengan Dinasour?

Masa: Pagi
Tarikh: 3 April 2011
Tempat: Pusat Sains Negara, Mont Kiara









Good approach by Pusat Sains Negara.. Sampai nangis2 daniel takut ngan dinasour... Dalam takut2 tu pun suke gak die tgk dino2 tu.. bukan selalu dpt jumpe.. biase tgk dino katun je.. kali ni live lak.. hehe..

Friday, 22 July 2011

Layan: Nantikan Filem2 Baru Mamat Khalid

Ni 2 lagi filem dari bro. Mamat Khalid yang bakal meletup.. Preview trailer pun dah gempak.. tak sabar nak tgk cite2 ni..haha... Meh kasi layan sket trailer filem2 tu kat bawah ni.. layan...

ROCK OO - RIMBA BARA KEMBALI


HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Tazkirah: Sombong Sikap Yang Keji..


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?" Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya." - (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Negeri
Akhirat itu (kebahagiannya dan keni'matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi."

Surah Luqman; ayat 18;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Sumber Blog Tazkirah

Hadith Minggu Ini: Perniagaan Yang Berkat


Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya: Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.

Sumber JAKIM

Thursday, 21 July 2011

Daniel: Julai 2010 Part I

 2 Julai -Kat umah

 3 Julai - Kat The Gardens, MV

 8 Julai - Kat umah, seperti kebiasaan..

 11 Julai - Kat Mahkota Hotel, Melaka

 15 Julai - Ayam Penyet, Sunway Pyramid

18 Julai - Kat Umah

Wednesday, 20 July 2011

Our 4th Anniversary

To: Mama & Papa


Happy Anniversary 

Yang Ke  4!!

DANIEL SAYANG SGT2 KaT PAPA & MAMA


Tuesday, 19 July 2011

Gol Mustahil - Roberto Carlos

Mmg cun gol roberto carlos ni.. Mmg mustahil.. Gol waktu Real Madrid vs Tenerife.. Layan..

Terbaik Search: Balada Pemuzik Jalanan

Layan...

Info: Makanan Segera Punca Obesiti Kanak-kanak


Lebih daripada 76% kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain komputer. Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia,  Dato’ Liow Tiong Lai. Akibat daripada tabiat tersebut, di samping kurang bersenam, menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius.

Beliau juga menyatakan bahawa hanya 28.5% pelajar mengamalkan diet yang sihat, manakala 14.5% kanak-kanak (umur 7 hingga umur 13) mengalami masalah kekurangan zat makanan. Selain itu, hanya terdapat 10% pelajar rendah yang tidak makan sarapan, manakala 70% pelajar yang akan makan sarapan.

Burger merupakan makanan segera yang paling digemari oleh kanak-kanak. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa nasi lemak, mi goreng dan nasi ayam merupakan makanan kantin yang paling disukai oleh pelajar sekolah. Makanan segera yang popular bagi kanak-kanak merupakan burger, ayam goreng dan pizza.

Makanan segera yang berleluasa di Malaysia telah menjadi makanan kegemaran kepada kanak-kanak. Di samping itu, iklan tentang makanan segera telah memupuk corak makanan segera dalam kalangan kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.

Cara pemakanan dan corak kehidupan yang tidak sihat merupakan dua isu penting dalam masalah kegemukan kanak-kanak.

Masalah ini bukan bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sesetengah kerajaan tempatan telah mengehadkan penjualan makanan segera yang disertakan dengan alat mainan.

Langkah ini dapat mengurangkan nafsu kanak-kanak pada makanan segera. Walau bagaimanapun, pendidikan merupakan cara yang paling berkesan untuk mendidik kanak-kanak tentang diet yang sihat.

Kesimpulannya, pendidikan tentang amalan pemakanan sihat perlu bermula di rumah.

Sam Wong Chin Kah, 29 April 2011
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Sumber KonsumerKINI

Sunday, 17 July 2011

Daniel At Bata

Masa: Petang
Tarikh: 10 Julai 2011
Tempat: Bata, Sek 18 Shah Alam


Macam2 Hal: Game Ping Pong Pelik...

Mmg pelik..haha..tapi dasat gak diorang ni main..leh maintain g game tu walau dari jauh..

Terbaik Wings: Bujang Senang

Rock N Roll... Layan...Bujang Senang..

Info: Hidung Berdarah


Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan situasi-situasi yang mencemaskan. Tidak kira sama ada ia menimpa diri sendiri, ahli keluarga atau jiran tetangga kita. Sebagai ahli sebuah masyarakat penyayang, biasanya ramai yang akan tampil kehadapan untuk membantu.
 
Namun, pada kebanyakan masa, niat luhur ini hanya terkubur sebagai hasrat semata-mata. Sumbangan kebanyakan daripada kita berakhir dengan menjadi penonton sahaja disebabkan tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat atau kita sendiri berada dalam keadaan terkejut apabila berhadapan dengan situasi berkenaan. Apa lebih membimbangkan ialah jika sesuatu langkah yang diambil, pada mata kasarnya nampak seolah-olah ingin membantu tetapi sebenarnya ia amat berbahaya kepada pesakit atau mangsa yang berada dalam keadaan kecemasan itu sendiri.

Senario Mencemaskan

Salah satu senario yang mencemaskan ialah apabila melihat darah keluar melalui hidung atau mulut. Lebih mengejutkan ialah apabila ibu bapa melihat tompokan darah yang besar pada bantal atau cadar anak kesayangan mereka sebaik sahaja anak mereka bangun dari tidur.

Gejala hidung berdarah merupakan suatu situasi yang sering mencemaskan, sebagaimana yang sering ditonjolkan dalam drama dan filem di kaca televisyen. Apatah lagi jika ia berlaku pada mereka yang belum pernah mengalaminya. Situasi menjadi bertambah cemas jika pendarahan berlaku dalam kuantiti yang banyak. Pendarahan hidung sering kali dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki yang aktif bermain. Namun, gejala ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia.

Oleh sebab itu, setiap satunya memerlukan pemeriksaan lanjut dan langkah-langkah pencegahan yang sesuai, terutamanya terhadap punca yang telah dikenalpasti.

Gejala Penyakit

Pendarahan hidung sebenarnya ialah satu gejala atau tanda kepada sesuatu penyakit dan ia sendiri bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku apabila salur darah yang berada di dalam rongga hidung pecah. Ada kalanya, ia boleh berhenti dengan sendiri di rumah, namun tidak kurang juga bilangan mereka yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik atau harus dimasukkan ke wad akibat pendarahan yang banyak dan sukar berhenti.

Punca Pendarahan

Pendarahan hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik, yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah sewaktu pendarahan. Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan yang mana punca pendarahan itu tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini disebut pendarahan hidung jenis idiopatik.

Faktor-faktor lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera).

Benda asing yang termasuk ke dalam hidung pula, terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang boleh mengeras menjadi seperti batu (rhinolith). Apabila keadaan ini berlaku, bahan keras yang mempunyai permukaan kesat ini boleh mengakibatkan pergeseran dan pendarahan kepada lapisan mukosa hidung yang sensitif.

Selain itu, struktur abnormal dalam hidung itu sendiri seperti tulang tengah hidung yang bengkok boleh mencetuskan pendarahan. Walaupun ramai antara kita yang mempunyai tulang hidung tengah yang tidak lurus, namun tidak semestinya ia mengakibatkan pendarahan. Pendarahan boleh berlaku akibat bahagian yang bengkok itu tersentuh dengan bahagian hidung lain lantas menyebabkan iritasi. Jika pendarahan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa atau golongan di usia emas, ketumbuhan dalam hidung adalah salah satu daripada puncanya.

Biasanya pendarahan yang berpunca daripada ketumbuhan ini akan disertai dengan gejala-gejala lain seperti tersumbat sebelah hidung, kesakitan dalam rongga hidung, kebengkakan pada kelenjar limfa di leher, kurang dengar pada sebelah telinga dan sebagainya. Namun begitu, ada juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang datang hanya dengan simptom pendarahan.

Faktor Penyumbang

Faktor-faktor umum yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah seperti masalah kegagalan sistem pembekuan darah di kalangan pesakit sama ada berpunca daripada penyakit hati, ginjal atau kanser yang melibatkan sel-sel darah seperti leukemia dan limfoma.

Mereka yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat untuk mencairkan darah juga terdedah untuk mengalami gejala pendarahan hidung. Disebabkan itulah pesakit dinasihatkan supaya mengambil ubat dalam dos yang betul dan sentiasa patuh kepada temujanji susulan untuk pemeriksaan darah. Tekanan darah tinggi yang kronik juga boleh menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan tidak tahan kepada tekanan darah lantas apabila pecah akan mengakibatkan terjadinya pendarahan.

Kajian perubatan menunjukkan salur darah mereka yang telah meningkat umurnya atau yang mengalami hipertensi kronik turut mempunyai deposit plak kolestrol (ateroskelorosis). Keadaan ini menyebabkan dinding salur darah menjadi tidak kuat untuk mengecut (vasokonstriksi) sekiranya pendarahan berlaku (untuk mengurang dan menghentikan pendarahan).

Selain itu, ada pendapat juga mengatakan bahawa faktor paras tekanan itu sendiri yang jika terlalu tinggi akan menjadikan keadaan bertambah teruk.

Jenis Pendarahan Hidung
Pendarahan hidung secara amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, bergantung kepada di kawasan mana salur darah dalam hidung yang pecah. Jenis-jenisnya ialah pendarahan hidung hadapan (anterior epistaxis) dan pendarahan hidung bahagian belakang (posterior epistaxis). Kedua-dua jenis ini agak berbeza daripada beberapa aspek. Pendarahan hidung bahagian hadapan biasanya lebih kerap berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak atau golongan belia.

Ia seringkali dikaitkan dengan trauma, dan kebiasaannya lebih mudah untuk dikawal atau dihentikan. Pendarahan jenis ini biasanya dapat dilihat apabila pesakit berada dalam posisi duduk. Darah akan kelihatan mengalir keluar dari bahagian hadapan lubang hidung.

Pendarahan hidung bahagian belakang lebih kerap dilihat dalam kalangan mereka yang lebih berusia walaupun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku. Salur darah yang pecah berada di bahagian belakang hidung dan ini menjadikan pendarahan jenis ini lebih sukar untuk diberhentikan.

Biasanya ia dikaitkan dengan tekanan darah tinggi atau kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan pada lantai tulang tengkorak.

Pesakit akan menelan darah ini memandangkan ia akan mengalir ke bahagian belakang tekak. Apabila amaun darah yang ditelan terlalu banyak, ia tidak lagi dapat ditampung oleh isipadu perut, maka pesakit akan mengalami muntah. Pendarahan hidung jenis belakang ini juga lebih meningkatkan risiko darah termasuk ke dalam paru-paru.

Tindakan Segera

Apabila berlaku situasi hidung berdarah, pesakit seharusnya bertenang dan jangan panik. Keadaan panik akan menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah meningkat. Ia akan memburukkan lagi keadaan.

Tambahan pula, pesakit akan sukar diberi arahan dan mengikut langkah-langkah bantuan yang akan diberikan.

Pesakit sepatutnya tidak disuruh baring untuk berehat. Sebaliknya, pesakit harus dinasihatkan berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Picit bahagian hadapan hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan tunggu selama 5 minit.

Pesakit akan diminta bernafas melalui mulut sementara seseorang membantunya meletakkan sedikit ais yang dimasukkan dalam plastik atau bungkusan kain pada bahagian dahi.

Jika keadaan mengizinkan, pesakit juga elok diberikan ketulan ais kecil untuk dikemam. Proses ini dapat menyejukkan bahagian dalam mulut serta rongga hidung dan ini dapat membantu proses pengecutan salur darah (vasokonstriksi).

Sekiranya kaedah ini tidak berkesan, pesakit biasanya perlu dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Jika perlu, pegawai perubatan akan memasukkan 'ribbon gauze' atau span kecil ke dalam hidung. Span ini akan mengembang sedikit dan menghalang pendarahan daripada terus berlaku. Biasanya, selepas 2 atau 3 hari, pendarahan akan berhenti dan pesakit dibenarkan pulang ke rumah.

Dalam situasi-situasi yang jarang berlaku, kaedah intervensi susulan seperti menghentikan tempat pendarahan menggunakan sentuhan bahan kimia (cauterization), atau prosedur mengikat salur darah yang pecah mungkin dilakukan. Embolisasi untuk menyumbat salur darah yang berdarah juga merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan.

Rawatan Susulan

Selepas pendarahan dihentikan, biasanya pesakit akan diminta untuk datang semula bagi mengenalpasti apakah yang menjadi punca kepada episod pendarahan tersebut.

Bagi mereka yang mengalaminya di rumah, adalah lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan di hospital terutamanya bagi kes-kes pendarahan hidung yang berulang-ulang.

Rawatan yang sebenar dan langkah-langkah pencegahan daripada terjadinya insiden yang sama adalah bergantung kepada masalah utama yang menjadi punca berlakunya pendarahan.

Penyiasatan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan hidung dengan menggunakan endoskop, pengambilan sampel darah untuk melihat masalah pembekuan darah, merawat masalah lokal dalam hidung dan seumpamanya.

Prosedur-prosedur penyiasatan ini amatlah mudah dan tidak menyakitkan berbanding dengan kesan pendarahan hidung itu sendiri yang ada kalanya boleh mengancam nyawa.

Friday, 15 July 2011

Hadith Minggu Ini: Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa dan Tempat

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka'abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.'Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing

Sumber JAKIM

Wednesday, 13 July 2011

Daniel at Tesco Rawang

Masa: Petang
Tarikh: 25hb June 2011






Pelik & Ajaib - Ultraman Tunggang Dinasour?

Ni buktinya... Hasil Kreatif Muhammad Daniel Zaqwan..Haha

Macam2 hal: Lawak Demo..

Mmg lawak.. layan saje..

Tuesday, 12 July 2011

Info: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pajak Gadai


Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gadai meruapakan cara yang mudah, selesa dan cepat untuk mendapatkan wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu/terpedaya.

Definasi:
a) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pernbayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000 yang telah didahulukan. Sebagai contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pernbayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.

b) Pemajak Gadai
Akta mendefinisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan golongan di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak, misalnya tidak boleh diminta oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apaapa transaksi undang-undang.

Perlu Sentiasa Beringat
  1. Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
  2. Selepas tarikh luput, semua barangan yang digadai yang nilainya kurang daripada RM200 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
  3. Semua barang yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM200 boleh dilelong oieh kedai pajak gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal daripada jualan barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
  4. Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tujuh hari sebelum urusan pelelongan.
  5. Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai.Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan peleiongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.
  6. Kedai pajak gadai adalah bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran.
  7. Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.
  8. Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pejabat Ketua Setieausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaaan Tempatan.
  9. Jika anda kehilangan resit/ tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
  10. Jika anda merasa bahawa gadaian anda berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan gadaian anda, buatlah aduan kepada majistret. Majistret mempunyai kuasa untuk memerintah kedai pajak gadai untuk membayar gantirugi yang munasabah.
  11. Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan mempunyai lesen yang sah.
  12. Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah sama dengan surat pajak gadai yang anda terima
Jayasilan Kandasamy, 16 Mei 2011
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Sumber KonsumerKINI

Monday, 11 July 2011

Daniel & Gitar Papa

Masa: Malam
Tarikh: 19 Disember 2010



Tazkirah: Tujuan Hidup

 
Apakah tujuan hidup ini sebenarnya?

Allah swt telah berfirman bahawa: Tidak aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Ku.

Tujuan hidup kita sebenarnya adalah untuk melakukan apa sahaja perkara asal saja perkara itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah. Iaitu melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Anda bercita2 mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi didunia atau pangkat anda tidak tinggi tapi wang yang ada banyak dan cukup atau melebihi untuk anda dan keluarga atau hidup kekal abadi di dalam syurga yang ni'matnya tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah di dengar oleh telinga dan hidup kekal terus dengan nikmat yang diberikan Allah 100%.

Justeru itu, apa yang jelas ialah cita2 yang pertama dan kedua inilah yang direbut2 oleh kebanyakan manusia termasuklah orang Islam sendiri. Sedangkan saham atau tindakan mereka untuk menempatkan diri mereka ke dalam syurga begitu diremehkan atau ala kadar sahaja. Adakalanya mereka tidak mengindahkan langsung, menentang atau membenci terhadap usaha2 ke arah jalan untuk menegak Islam di bumi ini.

Sedangkan syarat untuk mendapat kedudukan kita kekal di syurga itu adalah dengan bersama menegak atau memakmurkan agama Allah itu. Inilah yang dikatakan manusia ditipu oleh syaitan dan iblis sebagaimana permintaannya kepada Allah, supaya memberi ia tempoh untuk menyesatkan anak cucu Adam.

Dan mereka yang benar2 sedar tentang perkara prinsip ini atau ingat dalam erti sebenar tujuan hidup ini adalah sangat sedikit. Semoga kita sama-sama menginsaf diri kita sebelum terlewat, kerana syurga yang dijanjikan Allah itu sangat-sangat mahal dan sedangkan iblis dan syaitan pula setiap saat menghasut hati2 kita supaya lalai dalam mengerjakan amal-amal yang soleh dan sibukkan diri untuk mengejar habuan dunia yang jangka pendek ini.

Ditakdirkan tengah2 kita mengumpul2kan harta dan kedudukan, ajal pun sampai, pada masa itulah nanti kita akan berkata, alangkah baiknya aku sempat mendermakan sebahagian besar harta ku untuk akhiratku, alangkah baiknya dulu aku sempat belajar ilmu akhirat dengan sepenuhnya. Di sinilah penyesalan yang tidak berguna lagi, kerana tuhan tidak akan mengembalikan kita ke dunia lagi, setakat mana yang kita buat untuk amal akhirat itulah yang akan dibawa.
 
Sumber Blog Tazkirah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...