BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Thursday, 28 April 2011

From The Best of... Metallica


Wherever I May Roam


 (And the road becomes my bride)

And the road becomes my bride
I have stripped of all but pride
So in her I do confide
And she keeps me satisfied
Gives me all I need

And with dust in throat I crave
Only knowledge will I save
To the game you stay a slave

Roamer, wanderer
Nomad, vagabond
Call me what you will

But I'll take my time anywhere
Free to speak my mind anywhere
And I'll redefine anywhere

Anywhere I roam
Where I lay my head is home

(And the earth becomes my throne)

And the earth becomes my throne
I adapt to the unknown
Under wandering stars I've grown
By myself but not alone
I ask no one

And my ties are severed clean
Less I have the more I gain
Off the beaten path I reign

Roamer, wanderer
Nomad, vagabond
Call me what you will

But I'll take my time anywhere
I'm free to speak my mind anywhere
And I'll never mind anywhere

Anywhere I roam
Where I lay my head is home

But I'll take my time anywhere
I'm free to speak my mind
And I'll take my find anywhere

Anywhere I roam
Where I lay my head is home
I say!

But I'll take my time anywhere
I'm free to speak my mind anywhere
And I'll redefine anywhere

Anywhere I roam
Where I lay my head is home

Carved upon my stone
My body lie, but still I roam,
Yeah yeah!

Wherever I may roam
Wherever I may roam
Woah

Wherever I may roam
Wherever I may roam
Yeah!

Wherever I may wander, wander, wander
Wherever I may roam

Yeah, yeah, wherever I may roam

Yeah, yeah, wherever i may roam
Wherever I may roam
Wherever I may roam

Hadith Minggu Ini: Amalan Yang Dituntut

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: "Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi."

ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.
 
iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.
 
iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

Sumber - JAKIM

Wednesday, 27 April 2011

1/1/11 - Welcome to Aquaria

Tgh boring tak tau buat ape nie nak stori skit pasal new year tahun ni, daniel ni mmg suke pegi tempat mcm ni la.. betul2 die enjoy, mcm g underwaterworld langkawi ari tu, mmg happy betul la die..Aku pun actually first time gak g aquaria ni.. pada aku overall mmg ok.. cume takde penguin, kat underwater world langkawi ada.. So sempena cuti tahun baru 1.1.11 tu aku and wife bawa skali mak aku g sana.. semua kire first time le g aquaria ni.. name je duk kl..huh..

 Kura - kura tu geram dgn daniel..

Papa dan daniel berposing..hehe

Daniel bersama neneknye..mak aku le tu

 Daniel, mama dan nenek.. dan ikan jerung..

Daniel geli la ma.. Ape bende ni?

 Kepuasan.. Kene bawak daniel datang sini lagi le jawapnye nanti..hahaha

Daniel Balik Ipoh

Malam semalam daniel dah balik Ipoh. Toki dtg ambik die.. ye la dah semua org dalam rumah demam, mama, papa n acik, kang berjangkit g kat die sian lak.. tu belum cite kat taska.. ramai gak budak yg demam.. Suke betul daniel jumpa to'ki dgn nenek.. haha.. takpela, minggu ni ambik die lik..

Tazkirah: Makluman Pensijilan Halal di Hotel & Resort


366 HOTEL DAN RESORT MEMILIKI SIJIL HALAL MALAYSIA

Sebanyak 366 buah hotel dan resort sudah menerima sijil halal Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ia adalah jumlah yang diluluskan daripada 680 permohonan setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom berkata, daripada jumlah keseluruhan penarafan tersebut, sejumlah 289 ditauliah oleh JAIN manakala 77 lagi diiktiraf oleh Jakim. Menurutnya, senarai terkini menunjukkan 273 hotel bertaraf tiga hingga lima bintang mendapat sijil halal, selain 53 hotel satu hingga dua bintang dan selebihnya adalah hotel bajet dan resort yang menyediakan perkhidmatan sajian.

Menurut beliau lagi, Jakim dan JAIN dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan  MAHO (Persatuan Pemilik Hotel Malaysia) mahu mencapai sasaran 412 buah hotel bertaraf tiga hingga lima yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan sebagai pemegang sijil halal Malaysia menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan pada 23 Februari 2011 selepas menyampaikan sijil halal kepada dua hotel terbaru yang diiktiraf iaitu Pullman Hotel Putrajaya dan Thistle Hotel. - JAKIM

::: Satu langkah yang produktif oleh hotel-hotel terlibat.. At list takdela kita was-was lagi lepas ni nak makan di hotel2 berkenaan. Hari tu kecoh kejap pasal kes ni.. Untuk mengenalpasti hotel dan resort yang telah mendapat sijil HALAL bolehlah ke laman web http://www.halaljakim.gov.my lepas tu klik pada banner SENARAI HOTEL (HOTEL LIST). 

Sunday, 24 April 2011

Daniel - The First Six Month

Sementara nak tgu game chelsea jap g, aku berblog ler kejap.. Baru je pas abis buat keje2 umah skit.. almaklumlah hari ni wife aku dgn daniel demam.. so far dah ok le skit.. Ni koleksi gamba2 daniel 6 bulan pertama dalam hidup die.. Dua bulan setenah pertama tu mmg duk Ipoh umah mentua.. Pastu baru balik umah PJ, kat PJ mak aku lak jaga.. Tu sebab kot Daniel ni manje sgt dgn nenek2 die.. tambah2 belah mentua aku mmg cucu sulung.. tambah-tambahla manjenye..hehe..

Bulan Pertama (Dis 2008)
Bulan Kedua (Jan 2009)

Bulan Ketiga (Feb 2009)
Bulan Keempat (Mac 2009)
Bulan Kelima (April 2009)

Bulan Keenam (Mei 2009)
Ramai org kate daniel ni mmg daniel ni ikut muke mak die..hehe.. mmg betul pun.. hidung je kot ikut aku.. Alamak, game dah stat lama la... Banyak lak miss kang, dahla Man U menang lak td.. adehhh.. Man U ni kalau menang mesti last 10 minute nye gol.. tension betulla..

Haha.. final result Chelsea 3 West Ham 0.. Akhirnye Torres berjaya gak menjaringkan gol.. Okla tu

Saturday, 23 April 2011

Daniel & Abg Farid

Farid ni nak bongsu kakak aku  (Kak Lela).. mmg boleh tahan gakla manjenye.. Skrg (2011) dah masuk darjah 1..sekolah kat area bangi..

Gambar Ogos 2010 kat Semenyih.. Eh, adik akhil pun ada gakla..hehe

Yang ni lak kat umah kak Nani (Seri Kembangan) Dis 2010..

 Farid - Hari Raya (Okt 2007)

Tazkirah: Solat Qasar & Jama'

Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa ingat-mengingatkan dan saling menyampaikan.. berikut adalah penerangan ringkas untuk solat qasar dan jama’ untuk panduan dan ingatan kita semua:

SOLAT QASAR

Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
  
Syarat Solat Qasar
  • Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.      
  • Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
  • Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  • Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  • Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat
 
    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala


SOLAT JAMA'
 

Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
  • Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
  • Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat Solat Jama’ Taqdim
  • Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
  • Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
  • Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
  • Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
  • Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’). 
 Syarat Solat Jama’ Ta’khir
  • Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
  • Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.  

Contoh Niat Jama’ Taqdim

i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
     Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
 
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala 

Contoh Niat Jama’ Ta’khir
 
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
 
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلىالعصر اداء لله تعالى  
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

(Sumber: JAKIM - http://www.e-solat.gov.my)

Mama & Daniel Demam Serentak


Hari ni penat skitla.. Pagi2 terus g klinik.. Mama dengan daniel demam.. Patut ari ni mama kene g sekolah, sekolah ganti kot.. tapi terpaksa MC le.. Demam panas.. Daniel pun sama..  berjangkit le kot.. takpun pasal kes cuaca tak menentu skrg ni.. daniel biase la.. Jumpa doktor mesti menjerit nye.. Die mmg ingat nye doktor tu, ari tu 4 hari tak berak doktor tu kasi sumbat ubat kat bontot die.. Menjerit2.. Takut gak die.. Tapi doktor tu pandai, die bg lolipop.. daniel pun slow down la sket..hehe... anyway semua terkawal.. mama pun dah makan ubat..daniel pun dah.. Hope semua ok.. Lupe lak, yg gambar tu masa kat holiday kat Langkawi bulan Mac 2010..

Thursday, 21 April 2011

Daniel - Bulan Pertama Melihat Dunia..

Tepat jam 5.55 pagi, 1hb Disember 2008, Muhammad Daniel Zaqwan selamat dilahirkan di hospital Ipoh, Perak. Begitu gak dgn mama nye, alhamdullillah semuanya ok. Secara rasminye aku pun dah bergelar ayah/papa/daddy.. Kat bawah ni koleksi gambar-gambar Daniel pada bulan pertama beliau..

1 hari - kat hospital lg ni..

3 hari - dah balik umah To'ki (Ipoh)

 7 hari

 10 hari

 14 hari

 20 hari

 4 minggu

sebulan

Wednesday, 20 April 2011

Daniel Botak

Gambar - gambar Daniel botak kepala for the first time ni area Jun 2010 bersamaan umur Daniel setahun setengah. Daniel selamat dibotakkan kepala oleh To'ki nye sendiri di Ipoh. Botak pun, yang penting Daniel ni still maintain cute..haha

Daniel & Akhil - Upin & Ipin.. Part I


Yang sebelah tu actually bukan adik daniel.. tapi adik sepupu daa.. Anak kakak aku.. Tapi diorg ni mmg sepesen..Mcm kembar pun ade..  Kire upin dan ipin versi family aku la.. Akhil ni muda 5 bulan dari Daniel, tapi tahun bezala.. Daniel lahir Dis 2008, Akhil Mei 2009.. Kalau dah berjumpe tu biasela.. Ntah ape benda diorg sembang semua orang tak paham.. Gambar tu kat IJN KL, around last January (2011) visit my uncle.. ICU.. Alhamdullillah uncle pun dah sembuh..

Yang ni lak waktu melawat akak aku baru dapat baby, pun around early February (2011).. Melawat adik si akhil..Danish.. Waktu tu Danish baru beberapa hari je.. tak sampai sebulan g. Daniel ni kalau dah jumpa tag team biasela..Gambar yang kat bawah ni aku tak ingat bile, tapi rasa around 2010..

Wife aku kata gambar ni waktu beraya kat Kg Endah, Banting.. Raya bulan Sept 2010..

Tuesday, 19 April 2011

Assalamualaikum.Wrth.Wbth. & Salam Sejahtera


Actually ni bukan aku waktu kecik-kecik dulu.. ni gambar anak aku.. Muhammad Daniel Zaqwan.. Nama manje Daniel..Kire2nye blog ni nanti byk citer pasal die je la..Umur die dah nak masuk 2 tahun 5 bulan..

Aku pun tak tau apasal aku rasa tiba-tiba nak berblog ni.. tapi sebab ramai sangat org dah buat blog.. layankan je.. lagipun skrg umah aku pun dah masuk UNIFI (sesiapa nak register call aku - 0173777927), mmg laju dan berbeza compare dgn streamyx.. tapi sebenarnye blog ni aku dedicate utk anak aku ni.. lupe lak and untuk adik2 si daniel nie (coming soon November 2011, insyaallah). At least bile die dah besar panjang nanti die dapat recall balik ape yg die buat waktu die kecik2 dulu.. haha.. and also as a platform for me to share a little bit knowledge, opinion, experience etc..

Ni gambar Daniel masa 6 bulan

 Yang bawah ni lak waktu kat langkawi Mac 2010, waktu ni die baru sebulan dua pandai berjalan.. budak kalau dah dapat kaki..biasela..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...