BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Saturday, 24 September 2011

Daniel & Kucing

Tarikh: 5 Ogos 2011
Waktu Petang


Monday, 12 September 2011

Macam-macam Hal...Pusat Jagaan Kucing??

Polis Terima 74 Laporan Berhubung Pusat Jagaan Kucing Di Damansara

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Polis menerima 74 laporan berhubung sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini yang didakwa membiarkan kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga 12 ekor daripada kira-kira 300 ekor kucing dilaporkan mati.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu dibuat oleh para pemilik kucing yang menempatkan haiwan peliharaan mereka di pusat itu.

"Walaupun kes ini disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), polis berjanji akan memberi perhatian serius terhadap kes ini dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas pemilik kedai Petknode itu yang tidak dapat memberi perkhidmatan yang telah dijanjikan," katanya dalam laman sosial Facebook PDRM.

Beliau juga berkata sudah tiba masanya akta sedia ada mengenai haiwan dikaji semula.

Polis akan membantu pemilik kucing terlibat untuk mendapatkan kembali kucing yang masih hidup dan meminta sesiapa yang mengambil mana-mana kucing atas alasan menyelamatkannya supaya menyerahkannya kepada pihak JPV Selangor atau pihak polis, katanya.

-- BERNAMA


Ni lagi satu..

Awat kejam sangat yop...hmmm..

Kementerian Jamin Tiada Caj Enam Peratus Sebelum Dapat Kelulusan Kabinet - Maglin D'cruz

PETALING JAYA, 11 Sept (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di sini hari Ahad.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.

Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D'Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas sumbangan mereka terhadap komuniti Malayalee antaranya Rajan Nair, Datuk Dr Nirmala Menon, A.C Pereira dan Prof Dr Aruna Gopinath.

-- BERNAMA

Wednesday, 7 September 2011

Rileks jap...

Mood Hari Raya masih menebal.. Walaupun dah masuk minggu kedua.. Daniel masih  lagi duk mengumpul duit raya.. byk gak die dapat.. RM300+.. Rezeki die.. Hmm..blog pun dah tak bape update.. Bulan ni mmg aku slow down sikit berblog ni... banyak bende nak kene settle..Haha.. Insyallah boleh settle.. Tunggu betul2 free time le baru dapat update blog ni.. Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...