BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Monday, 29 August 2011

Zakat Fitrah

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras. Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?

Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.

Mana kala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.[HR Abu Daud] 

Sumber Blog Tazkirah

Sunday, 28 August 2011

Hadith Minggu Ini: Ganjaran Puasa Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Sumber JAKIM

Saturday, 20 August 2011

Tazkirah: Kepalsuan Fadilat Tarawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,refdcmedia-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
    Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yangdipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam
menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Sumber Blog Tazkirah

Friday, 19 August 2011

Hadith Minggu Ini: Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.

Sumber JAKIM

Movie - The Smurfs (in 3D)

Back in business.. haha.. mari mengimbau balik our childhood memories.. rasa tak lengkap kalau sapa2 tak tau menatang biru comel smurf ni.. 1 SEPT ni di Malaysia!  Meh layan preview movie ni..


lagi...


tu je dulu.. g tengok sendiri le 1hb September 2011 nanti.....

Wednesday, 17 August 2011

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, 16 August 2011

A.P.I - Pelita

Layan...


Monday, 15 August 2011

Daniel: Satu Ketika...16 Julai 2011

Masa: Pagi
Lokasi: Bengkel Kereta, Sek 24




Info: Argh!!! Stresnya

Setiap orang tidak pernah terlepas daripada mengalami stres. Stres adalah respon tubuh badan dalam menghadapi pelbagai tuntutan kehidupan. Tuntutan hidup adalah perkara-perkara yang datang dari luar seperti surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan atau pasangan hidup. Tuntutan hidup juga datang daripada fikiran sendiri seperti penilaian terhadap diri sendiri.

Stres acap kali dikategorikan sebagai sesuatu perkara yang buruk / negatif, namun secara realitinya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Ia juga bergantung kepada cara atau teknik seseorang itu mengendalikan stres.

Antara teknik yang digunakan untuk mengatasi stres yang sihat adalah dengan tidur sejenak. Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan kembali tubuh badan. Contoh orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
Urutan juga boleh mengendurkan urat-urat yang tegang ketika stres. Mengunjungi pakar urut profesional atau meminta pasangan atau sahabat mengurut otot-otot leher dan bahu juga boleh menghilangkan perasaan stres. Mandi dengan air pancuran juga merupakan satu kaedah urutan dengan titisan-titisan ke badan yang boleh melegakan dan menyegarkan badan.

Jadilah orang yang kreatif dan gunakan tenaga secara positif dengan melukis atau memainkan alat muzik. Muzik adalah media untuk meredakan stres yang sangat baik dan membantu melegakan stres. Ketawa boleh menyebabkan stres menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.

Bersikap lembut terhadap diri sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Pembicaraan positif boleh mengaktifkan sisten saraf yang menimbulkan perasaan relaks, dan sebaliknya, pembicaraan negatif menyebabkan rangsangan sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa lesu.

Nurul Aina Ibrahim Istar, 6 Januari 2011
Forum Air Malaysia

Sumber KonsumerKINI

Sunday, 14 August 2011

Kelebihan Bersahur

Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

Sumber Blog Tazkirah

Friday, 12 August 2011

Hadith Minggu Ini: Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.

Sumber: JAKIM

Thursday, 11 August 2011

Daniel: Satu Ketika... 24 Mei 2011




Wednesday, 10 August 2011

Info: Mendidik Anak Tentang Pengurusan Kewangan

Tidak terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawall usia 18 bulan sebagai sasaran untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanak-kanak boleh diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk mengira duit.

Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka menuju ke arah masa depan yang celik kewangan. 

Kenali tentang wang
Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya membazir wang.

Pada peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling. Biarkan mereka untuk cuba umembuat bayaran sendiri semasa membeli barang.

Nilai untuk wang
Semasa membeli belah, anda boleh menunjukkan kepada anak anda produk sama dengan jenama dan harga yang berlainan. Kira produk yang mana adalah senilai dengan harganya. Terangkan kepada mereka cara untuk membandingkan harga barangan yang berlainan jenama dan di kedai yang berlainan sebelum membeli sesuatu barang. Bawa mereka ke pusat membeli belah untuk membiasakan mereka dengan harga pasaran sesuatu barang.

Menetapkan matlamat kewangan

Ketahui benda yang anak anda hendak membeli. Bantu mereka untuk menetapkan satu matlamat kewangan benda yang mereka hendak beli sekarang (jangka masa pendek) dan juga benda yang mereka hendak beli kemudian (jangka masa panjang). Selepas menetapkan matlamat, bantu mereka untuk memikirkan cara mereka boleh mencapai matlamat mereka seperti menabung.

Proses ini bukan sahaja dapat membantu anak anda untuk menguruskan wang mereka dengan baik, tetapi juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Ini berlaku semasa mereka mencapai matlamat mereka dengan wang yang mereka simpan.

Perbelanjaan

Ajar anak anda tentang kuasa pembelian mereka, iaitu berapa yang mereka miliki dan berapa yang mereka mampu untuk berbelanja. Biar mereka faham bahawa wang akan habis jika digunakan. Ajar mereka tentang konsep keperluan dan kemahuan, iaitu mereka perlu memahami dan tahu membezakan benda yang mereka betul-betul memerlukan dan benda yang mereka mahu untuk kepuasan diri.

Ajar anak anda untuk berbelanja secara bijak dan tidak dipengaruhi oleh media. Berbincang dengan mereka dengan iklan yang mereka tengok. Bincang dengan mereka dakwaan dan gimik iklan tersebut serta benda yang sebenarnya dijualkan oleh syarikat tersebut. Contohnya, serbuk pencuci yang mengatakan baju akan menjadi putih selepas menggunakannya, sebenarnya tidak seputih dalam iklan.

Simpanan
Berbincang dengan anak cara mereka dapat menyimpan wang dengan:
- Menyimpan sebahagian wang  daripada wang saku harian mereka
- Mengaitkan simpanan dengan benda yang mereka hendak membeli. Ini akan mendorong mereka untuk menyimpan

Tunjukkan kepada anak anda jika dia menyimpan RM1 sehari, maka pada akhir bulan dia akan mempunyai RM30.

Berbincang dengan mereka amaun yang mereka perlu simpan daripada duit saku mereka setiap hari untuk mencapai matlamat mereka. Galakkan anak anda dengan menyimpan secara berterusan dengan menambahkan tabung mereka jika mereka menabung untuk suatu jangka masa. Pengalaman simpanan pertama yang baik akan menggalakkan anak anda untuk menyimpan lagi.

Membantu yang lain
Berbincang dengan anak anda tentang membantu orang lain yang bernasib malang dari segi wang, barangan atau sokongan. Ini boleh dibuat dengan membantu saudara-mara atau kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Berkongsi dengan mereka pengalaman seseorang yang pernah membantu anda atau yang anda pernah membantu orang lain. Anda juga boleh membaca berita tentang sesuatu kerja amal yang telah dijalankan oleh sesuatu organisasi atau seseorang.

Melibatkan anak anda dalam kewangan keluarga
Kadang kala ibu bapa menghadapi kesukaran untuk melarang anak mereka membeli sesuatu barang. Anda hendaklah memberitahu anak anda tentang kedudukan kewangan keluarga dengan menerangkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan bulanan rumah (rumah, kereta, bil-bil, pendidikan). Dengan ini mereka dapat memahami situasi kewangan rumah dan tidak membazirkan duit dengan sesuka hati. Libatkan mereka dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan rumah seperti TV. Mereka akan berasa mereka juga salah satu ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk menjaga kewangan keluarga.

Yu Kin Len, 9 Mei 2011
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

Sumber KonsumerKINI

Terkini: Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam


KAHERAH 9 Ogos - Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah. Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.

Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa. Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.

Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah. "Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.
Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini. "Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.

Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu. - AGENSI

- Utusan

Info: Berjaga Ketika Memandu

 
Apabila memandu pada jarak yang jauh, terutama pada waktu malam, ia adalah perkara biasa untuk rasa mengantuk, terutamanya selepas hari yang panjang dan memenatkan. Ini sudah tentu adalah satu situasi yang merbahaya. Selain dari berhenti jalan raya dan tidur sebentar, apa lagi yang oleh dilakukan untuk berjaga dan terus memandu?

Langkah-Langkah

Minum minuman bertenaga. Ini boleh meningkatkan tahap kewaspadaan untuk satu jangka masa yang sesuai ketika memandu. Selain itu, hisap atau mengunyah epal, oren, atau pun lemon untuk mengekalkan deria rasa anda terjaga. Lebih masam item makanan tersebut yang lebih baik.

Berhenti di tempat yang selamat sebelum memakan apa-apa yang tidak boleh masuk ke dalam mulut anda terus. ( Walaubagaimanapun, makan semasa memandu boleh menyebabkan kemalangan)

Makan secara perlahan-lahan. Jika anda mempunyai snek yang dalam bentuk ketulan kecil, makannya satu persatu. Sebaliknya, makan dengan sikit apa sahaja yang anda ada. Jadikan setiap satu berbaloi. Jika anda lebih aktif, lebih senang untuk anda berjaga.
Minum dengan banyak. Kopi amat berkesan disebabkan ia mempunyai kafein di dalamnya, yang boleh membuatkan anda tidak mengantuk. Selain itu, berhenti dengan kerap untuk ke tandas boleh membuatkan minda anda segar untuk kawasan rehat yang seterusnya.

Mendengar muzik. Selain dari mendengar pilihan muzik anda sendiri, lebih menjengkelkan muzik itu lebih baik. Jangan dengar muzik yang anda suka, lebih-lebih lagi jika ia berirama dan menyenangkan. Anda akan berada di dalam zon gembira anda dan mula berasa mengantuk. Jika boleh, dengar stesyen yang anda tidak tahan dan pasangnya dengan kuat.

Nyanyi bersama-sama, atau, berbual dengan seseorang di dalam kereta itu. ( Elakkan daripada bercakap dalam telefon bimbit kerana ia akan menimbulkan risikonya teersendiri). Menyanyi dan berbual adalah sesuatu yang membuatkan anda aktif tanpa menganggu pemanduan anda.

Buka Tingkap. Angin yang kuat dan dingin ke muka anda boleh membuatkan anda lebih berjaga-jaga, tetapi pastikan ia tidak membuat mata anda kering (perkara ini biasa berlaku kepada pengguna kanta lekap).

Goyangkan kepala anda dari semasa ke semasa dan ambil nafas yang panjang. Pertimbangkan untuk mengambil ubat presikpsi jika tidur semasa memandu ialah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, sebagai contohnya jika anda mempunyai gangguan tidur semasa tukar shift/ shift work sleep disorder (SWSD)
Letakkan kerusi itu pada posisi yang anda tidak biasa, tetapi pastikan anda mempunyai penglihatan yang baik terhadap jalan dan cermin anda. Apabila anda telah membiasakan diri, tukarkan posisi itu semula!

Kunyah gula-gula getah. Ia mampu menghalang anda dari menguap justeru mengelakkan anda berasa mengantuk. Pastikan anda terus mengunyah walaupun mulut anda berasa penat.

Tips Memandu Dengan Selamat
Terdapat banyak jenis kenderaan anda boleh pandu, tetapi terdapat langkah-langkah yang khusus patut diambil untuk memastikan keselamatan anda. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk keselamatan anda.
  • Pakai tali pinggang keledar
  • Elakkan meletak kenderaan dengan haram, kenderaan anda mungkin akan ditarik atau disaman. Pastikan anda ingat dimana anda letak kenderaan anda.
  • Jangan langgar lampu merah. Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hati dan patuhi peraturan semasa memandu.
  • Berjaga-jaga. Periksa cermin sisi dan cermin belakang anda; pastikan anda boleh melihat semua kenderaan dan pejalan kaki dibelakang dan di hadapan anda.
  • Jangan lakukan sesuatu dengan cepat atau tiba-tiba, bagi mengelakkan pelanggaran. Sebagai contoh, memandu secara melulu dan pantas, atau memberhenti secara tiba-tiba.
  • Jangan menyelit diantara kenderaan di lebuh raya kerana perbuatan ini sangat merbahaya.
  • Berwaspada dengan kenderaan-kenderaan yang besar seperti lori-lori yang besar dan bas. Kenderaan-kenderaan besar ini kebiasaanya mempunyai titik buta atau penglihatan dan pergerakkan yang terbatas.
Jika kereta anda mempunyai ABS (antilock braking system), tekan brake tersebut sekuat yang anda boleh bagi mengaktifkan mechanisma tersebut untuk membuat hentian kecemasan.
Perlahan! Anda mungkin rasa terkejut bertapa banyak tekanan dapat dikurangkan jika anda hapuskan rasa terburu-buru anda. Berikan diri anda lebih masa dan nikmati keselesaan memandu.

Iqbal Syafiq Muhd Sha'ani, 5 Ogos 2011
ERA Consumer Malaysia

Sumber KonsumerKINI

BURSA MALAYSIA: Jualan Panik Seret Turun Saham Kl Pada Tengah Hari


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Aktiviti jualan panik di seluruh papan pada tengah hari isnin menyeret turun petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM (FBM KLCI) sebanyak tiga peratus kepada 1,477.8, kata para peniaga.

Mereka berkata laporan berita kemungkinan berlakunya krisis kewangan baharu global dan kesannya terhadap Asia telah mencetuskan jualan panik di pasaran ekuiti di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Pada akhir sesi pagi, hampir semua saham wajaran tinggi dan kaunter saham mewah berada dalam segmen negatif.

Pada tengah hari, FBM KLCI turun 46.63 mata kepada 1,477.8, selepas dibuka 9.24 mata lebih rendah pada 1,515.19, berbanding penutupan 1,524.43 pada Jumaat.

Menurut MIDF Research, pelabur asing telah menjual pegangan mereka di kebanyakan bursa Asia termasuk Malaysia, dengan sebahagian malahan meninggalkan pasaran.

Ia berkata keputusan agensi penarafan Standard and Poors (S&P) menurunkan penarafan kredit Amerika Syarikat akan memburukkan situasi pasaran dengan peningkatan kemudahruapan minggu ini.

Sementara itu, Indeks Kewangan susut 428.301 mata kepada 14,060.85, Indeks Perladangan turun 390.27 mata kepada 7,202.67 dan Indeks Perusahaan berkurangan 58.38 mata kepada 2,699.86.

Indeks FBM Emas susut 397.35 mata kepada 10,080.95, Indeks FBM Ace berkurangan 308.02 mata kepada 3,742, FBMT100 turun 361.51 mata kepada 9,906.24 dan Indeks FBM 70 jatuh 597.49 mata kepada 10,915.63.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,091 berbanding 31 dengan 44 kaunter tidak berubah, 325 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.108 bilion saham bernilai RM1.781 bilion.

Bagi kaunter cergas, Axiata Group turun 13 sen kepada RM4.94, Malaysia Building Society-Warr 11/16 susut 6.5 sen kepada 69 sen dan UEM Land Holdings berkurangan 30 sen kepada RM2.07.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun 30 sen kepada RM8.47, CIMB susut 10 kepada RM8.19, Sime Darby berkurangan 35 sen kepada RM8.70 dan Petronas Chemicals jatuh 44 sen kepada RM6.15.

-- BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BURSA MALAYSIA: Saham KL Susut Mendadak

 KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup susut mendadak Jumaat apabila pelabur-pelabur mengetepikan saham dan sebaliknya memilih aset selamat, ekoran kebimbangan baharu tentang krisis hutang Eropah dan prospek ekonomi global yang semakin suram, kata peniaga.

Mereka berkata di seluruh rantau ini, semua pasaran bergerak seiringan dan mencatatkan kejatuhan besar-besaran.

Indeks asas FBM KLCI turun 22.46 mata kepada 1,524.43, terendah sejak 10 Mei 2011.

Indeks Kewangan jatuh 271.699 mata kepada 14,489.15, Indeks Perladangan susut 145.51 mata kepada 7,592.94 dan

Indeks Perusahaan turun 46.81 mata kepada 2,758.24.

Indeks FBM Emas menjunam 201.851 mata kepada 10,478.30, Indeks FBM Ace jatuh 166.47 mata kepada 4,050.02 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 335.38 mata kepada 11,513.12.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 934 berbanding 60 manakala 152 kaunter tidak berubah, 353 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung urus niaga.

Bagaimanapun, jumlah dagangan bertambah kepada 1.78 bilion saham bernilai RM3.67 bilion daripada 1.16 bilion saham bernilai RM1.55 bilion semalam.

Antara saham cergas, Sanichi Technology turun dua sen kepada 8.5 sen, AirAsia jatuh 15 sen kepada RM3.95 dan Malaysia Building Society-waran 11/16 susut 4.5 sen kepada 75.5 sen.

Namun demikian, Axiata Group kekal pada RM5.07,

Bagi saham-saham berwajaran tinggi, Maybank berundur lapan sen kepada RM8.77, CIMB jatuh 11 sen kepada RM8.29, Petronas Chemicals susut 32 sen kepada RM6.59 dan Petronas Gas berkurangan 22 sen kepada RM13.12.

Catcha Media, bagaimanapun, menungkah arus meningkat 14 sen kepada 90 sen ekoran berita tentang penyertaan pemegang saham besar baharu.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 1.349 bilion saham bernilai RM3.596 bilion daripada 702.706 juta saham bernilai RM1.466 bilion semalam.

Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 275.994 juta unit bernilai RM55.789 juta daripada 370.385 juta unit bernilai RM63.521 juta sebelumnya.

Waran meningkat jumlahnya kepada 135.206 juta saham bernilai RM16.378 juta daripada 72.146 juta saham bernilai RM11.083 juta.

Barangan pengguna menyumbang 53.6 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 229.5 juta, pembinaan 110 juta, perdagangan dan perkhidmatan 450.2 juta, teknologi 22.1 juta, prasarana 16.4 juta, kewangan 201.4 juta, hotel 1.5 juta, harta 173 juta, perladangan 71 juta, perlombongan 181,900, REIT 5.8 juta dan dana tertutup 227,900.

-- BERNAMA

BURSA MALAYSIA: Saham Turun, FBMKLCI Susut Di Bawah Paras 1,500


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Harga saham di Bursa Malaysia turun semasa ditutup hari ini setelah para pelabur terus menjual pegangan mereka dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dan saham berharga murah, kata peniaga-peniaga.

Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur turun 27.44 mata, atau 1.8 peratus, untuk ditutup pada 1,496.99, susut di bawah paras 1,500 untuk pertama kali sejak 17 Mac, 2011.

Bagaimanapun, kegiatan membeli semasa saham berharga murah dalam beberapa saham wajaran tinggi seperti CIMB berjaya menahan kerugian daripada kerugian yang teruk selepas sesi dagangan pagi, kata para peniaga.

Indeks Kewangan turun 181.091 mata kepada 14,308.06, Indeks Perladangan susut 321.96 mata kepada 7,270.98 dan Indeks Perusahaan berkurangan 50.64 mata kepada 2,707.6.

Indeks FBM Emas susut 250.35 mata kepada 10,227.95, Indeks FBM Ace berkurangan 211.12 mata kepada 3,838.9, FBMT100 turun 223.59 mata kepada 10,044.16 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 407.69 mata kepada 11,105.43.

Saham rugi mengatasi untung pada 1,051 berbanding 67 manakala 99 kaunter tidak berubah, 274 tidak didagangkan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.937 bilion saham bernilai RM3.612 bilion daripada 1.78 bilion saham bernilai RM3.672 bilion pada Jumaat lepas.

Antara saham aktif, Axiata Group turun lapan sen kepada RM4.99 dan UEM Land Holdings susut 21 sen kepada RM2.16.

Bagaimanapun, CIMB, menambah satu sen kepada RM8.30.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun 14 sen kepada RM8.63, Sime Darby susut 10 sen kepada RM8.95 manakala Petronas Chemicals berkurangan 16 sen kepada RM6.43.

Hong Leong Investment Bank, dalam nota penyelidikannya berkata petunjuk kurang memberangsangkan, menunjukkan FBM KLCI berkemungkinan kekal dalam pembetulan tetapi bursa tempatan diunjur stabil atau menunjukkan pemulihan sederhana dengan petunjuk terlebih jual.

"Walaupun pasaran kita dijangka menunjukkan permulaan yang tidak menentu minggu ini, kerugian berterusan akan memburukkan keadaan pasaran terlebih jual.

"Penurunan yang seterusnya boleh merupakan peluang belian bagi mereka yang mengambil risiko, dengan komitmen kukuh daripada kerajaan untuk memacu langkah pengembangan domestik," katanya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.502 bilion saham bernilai RM3.545 bilion daripada 1.349 bilion saham bernilai RM3.597 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 269.845 juta unit bernilai RM48.435 juta daripada 275.994 juta unit bernilai RM55.789 juta sebelumnya.

Waran naik kepada 156.008 juta saham bernilai RM15.768 juta daripada 135.206 juta saham bernilai RM16.378 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 71.455 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 263.005 juta, pembinaan 112.439 juta, dagangan dan perkhidmatan 493.627 juta, teknnologi 35.139 juta, infrastruktur 25.847 juta, kewangan 203.046 juta, hotel 2.374 juta, hartanah 211.616 juta, perladangan 60.153 juta, perlombongan 189,500, REIT 13.747 juta dan tertutup/dana 403,700.

-- BERNAMA

BURSA MALAYSIA: Harga Saham Ditutup Rendah


KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Harga-harga saham di Bursa Malaysia meneruskan trend menurunnya dalam sesi lewat urus niaga Selasa sebelum mengakhirinya pada nada yang lemah ekoran tekanan jualan yang berlanjutan walaupun beberapa aktiviti membeli saham murah berjaya mengekang kerugian, kata para peniaga.

Petunjuk utama pasaran Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur susut 24.85 mata atau 1.66 peratus kepada 1,472.14 dengan kerugian besar kebanyakannya dilihat dalam saham-saham penting utama yang didahului oleh CIMB, IOI Corporation dan Tenaga.

Bagaimanapun, perolehan dalam saham-saham berwajaran tinggi seperti Gamuda, UEM Land dan DiGi berjaya mengurangkan beberapa kerugian berbanding sesi urus niaga pagi.

Indeks Kewangan susut 252.21 mata kepada 14,055.85, Indeks Perladangan merosot 173.48 mata kepada 7,097.5 dan Indeks Perindustrian turun 51.01 mata kepada 2,656.59.

Indeks FBM Emas lebih rendah 179.21 mata kepada 10,048.74, Indeks FBM Ace turun 111.39 mata kepada 3,727.51, FBMT100 pula berkurangan 166.97 mata kepada 9,877.19 dan Indeks FBM Mid 70 susut 185.66 mata kepada 10,919.77.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 828 berbalas 159 sementara 179 kaunter tidak berubah, 325 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.896 bilion saham bernilai RM3.598 bilion daripada penutup semalam 1.937 bilion saham bernilai RM3.612 bilion.

Pengarah Bersekutu Kenanga Investment Bank Bhd Chan Ken Yew berkata bursa tempatan bagaimanapun melantun semula pada sesi tengah hari beserta dengan pasaran serantau, disokong oleh aktiviti membeli saham murah dalam beberapa saham berwajaran tinggi.

"Bagaimananpun, masih lagi awal untuk menyatakan sama ada pasaran masih lagi tidak menentu," kata beliau kepada Bernama di sini.

Dalam nota penyelidikannya semalam, bank pelaburan itu berkata ia belum menyemak kembali unjuran pasaran akhir tahunnya iaitu 1,640 tetapi menyatakan jelas terdapatnya risiko kejatuhan ketara seterusnya di celah-celah iklim ekonomi global yang tidak menentu.

Di kalangan saham aktif, Ranhill, yang menyambung kembali urus niaga pada sesi tengah hari, ditutup 13.5 sen lebih tinggi pada 88 sen berikutan berita cadangan ambil alih oleh satu konsortium pelabur termasukan ketua eksekutifnya Tan Sri Hamdan Mohamad.

Sementara itu, Axiata Group susut lima sen kepada RM4.94 dan Sanichi Technology kekal pada lapan sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Maybank turun lapan sen kepada RM8.55, CIMB kerugian 20 sen kepada RM8.10, Sime Darby 10 sen lebih rendah pada RM8.85 dan Petronas Chemicals susut 11 sen kepada RM6.32.

IOI Corporation jatuh 21 sen kepada RM4.47, Tenaga pula 24 sen lebih rendah pada RM5.70, Gamuda menokok 14 sen kepada RM3.34, UEM Land naik empat sen kepada RM2.20 dan DiGi mengukuh 12 sen kepada RM29.52.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.521 bilion saham bernilai RM3.549 bilion daripada penutup Isnin iaitu 1.502 bilion saham bernilai RM3.545 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 250.202 juta saham bernilai RM36.183 juta daripada 269.845 juta unit bernilai RM48.435 juta pada penutup hari Isnin.

Waran susut kepada 117.475 juta unit bernilai RM10.804 juta berbanding penutup semalam 156.008 juta saham bernilai RM15.768 juta.

Produk pengguna menguasai 51.673 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 256.011 juta, pembinaan 155.661 juta, urus niaga dan perkhidmatan 522.526 juta, teknologi 31.106 juta, infrastruktur 23.131 juta, kewangan 196.875 juta, perhotelan 1.547 juta, hartanah 208.77 juta, perladangan 58.753 juta, perlombongan 273,800, REIT 10.296 juta dan dana tertutup 295,600.

-- BERNAMA

Cliff Richard - Ocean Deep

Rileks jap.. layan...


Sunday, 7 August 2011

Tazkirah: Rahmat Allah SWT


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. ” (Riwayat Muslim)

"..bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". (Al-Hujuraat: 10)

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” (Surah al-A’raf: 5)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (A-li 'Imraan: 8)

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu'minun: 118) 

Sumber Blog Tazkirah

Info: Nasib Penjamin Apabila Peminjam Gagal Menjelaskan Bayaran

Penjamin sering mangsa apabila peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman yang dibuat daripada institusi kewangan.

Penjamin dibahagikan kepada dua iaitu penjamin korporat dan penjamin sosial. Orang yang menjadi penjamin sosial adalah orang biasa yang menjalani kehidupan biasa. Biasanya penjamin sosial ialah orang yang menjadi penjamin untuk menolong ahli keluarga sendiri atau kawan mereka bagi pembelian kereta, rumah atau biasiswa tanpa mempunyai kepentingan kewangan.

Jika penjamin sosial menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran balik kepada institusi kewangan, mereka akan terperangkap di tangan institusi kewangan kerana mereka terikat dengan undang-undang semasa tandatangan dokumen pinjaman sebagai penjamin.
Penjamin bermakna jika apa-apa terjadi atau apabila peminjam gagal melaksanakan tanggungjawab, maka penjamin bertanggungjawab ke atas segala pinjaman tersebut.

Adakalanya penjamin tidak tahu tentang kesan menjadi penjamin kepada peminjam yang tidak bertanggungjawab. Mereka beranggapan bahawa tanggungjawab mereka hanya sekadar menandatangani dokumen pinjaman bagi menolong peminjam untuk mendapatkan pinjaman.

Terdapat juga penjamin yang tidak tahu bahawa mereka telah dikenakan tindakan oleh institusi kewangan akibat daripada kegagalan peminjam tersebut membuat bayaran kepada institusi kewangan. Mereka tidak menerima sebarang surat daripada pihak institusi kewangan apabila hendak mengambil tindakan undang-undang seperti senarai hitam nama atau mengambil tindakan kebankrapan. Mereka hanya mengetahui kedudukan mereka apabila permohonan pinjaman kewangan mereka tidak diluluskan disebabkan nama mereka sudah disenaraihitamkan.

Akibat daripada masalah tersebut, ramai penjamin yang tidak dapat menjalankan kehidupan mereka seperti biasa. Mereka tidak dapat membeli rumah, kereta atau apa sahaja yang melibatkan pinjaman institusi kewangan. Ada juga penjamin yang dianiayai  oleh ahli keluarga tersendiri dengan tidak membuat bayaran pinjaman dan penjamin tersebut terpaksa membuat bayaran bagi mengelakkan namanya disenaraihitamkan.

Jika seseorang menjadi penjamin, mereka harus mengetahui kesan negatif jika peminjam gagal membuat bayaran. Penjamin tidak boleh berprasangka baik bahawa peminjam adalah seorang yang jujur dan akan melaksanakan tanggungjawabnya.

Penjamin bertanggungjawab untuk menentukan peminjam sentiasa membuat bayaran. Ini boleh dirujuk dengan institusi kewangan untuk mendapatkan status bayaran pinjaman balik oleh peminjam. Jika mengetahui bahawa peminjam gagal membuat bayaran, penjamin boleh membuat tindakan yang tepat dan cepat sebelum pihak institusi mengambil tindakan undang-undang.

Kebanyakan penjamin akan marah terhadap institusi kewangan apabila tindakan undang-undang diambil ke atas mereka kerana mereka merasakan mereka tidak bersalah atau tiada kaitan dengan mereka. Mereka juga tidak bekerjasama dengan institusi kewangan atau tidak mempedulikan tindakan undang-undang yang akan diambil nanti.

Bagaimanakah institusi kewangan boleh mengelak masalah penjamin?
Institusi kewangan boleh mengubah cara memberikan pinjaman tanpa perlu ada penjamin. Institusi kewangan juga harus menyelidik kedudukan kewangan atau harta benda peminjam sebelum memberi pinjaman.  

Jika peminjam meninggal dunia, institusi kewangan patut menggunakan kaedah alternatif seperti menjual harta-benda peminjam sebelum mengambil tindakan ke atas penjamin.

Akta Kebankrapan 1967 juga melindungi penjamin sosial yang terpaksa menanggung beban sehingga dikenakan tindakan kebankrapan kerana kegagalan peminjam dalam pembayaran pinjaman. Mengikut Akta Kebankrapan, institusi kewangan perlu mengesan peminjam terlebih dahulu. Sekiranya gagal atau tidak dapat dihubungi, barulah tindakan boleh diambil ke atas penjamin sosial.

Deivigarani Krishna, 5 Ogos 2011
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Sumber KonsumerKINI

Thursday, 4 August 2011

Daniel, Pen dan Kertas Kosong

Masa: Malam
Tarikh: 20 Julai 2010
Perkara: Ntah ape yang daniel tulis daa..






Daniel: August 2009



Hadith Minggu Ini: Syurga ar-Royyan Untuk Orang Yang Berpuasa


Daripada Sahl bin Sa'ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: Dimanakah orang “ orang yang telah berpuasa? Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.

Sumber JAKIM

Info: Eperolehan.. Patutla... Menyusahkan betulla..

Hari ni ada hantar tender... ada ebidding yang patut mula kul 11.oo pagi.. tapi dek sebab ep ni tak leh bukak..kalau dapat bukak pun mcm zaman main game pada tahun 1998..lembab gile.. rupenye mmg problem.. hmm.. takpela.. teknologi le katekan..

Tuesday, 2 August 2011

Zikir: 20 Sifat Allah SWT

Info: JANGAN TERPERDAYA DENGAN HELAH JUALAN MURAH

Jualan  murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan. Persoalannya, adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Contohnya, sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.  Tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Mei 2011 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 – yang kononnya harga asal – tertera tarikh 22 April 2011.

Kesimpulan mudahnya iaitu pengguna ditipu oleh penjual yang tidak bertangggungjawab, kononnya mereka membeli dengan harga diskaun yang sangat menarik, sedangkan sebenarnya pembeli membayar pada harga asal produk.

Semasa jualan murah diadakan, terdapat ribuan produk yang dijual dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli, yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Taktik jualan murah menjadi tempat peniaga mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah.  Di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

Membaca label dan melihat tanda harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tanda harga pada produk perlu dikikis untuk menjadi pengguna yang berhemat.

Sikap pengguna yang pantang ternampak iklan jualan murah, pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah, dipergunakan sepenuhnya oleh pusat membeli belah untuk melariskan produk jualan mereka. Tabiat ini perlu dihentikan, sebaliknya belilah barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja. Dengan ini barulah anda boleh menjadi pengguna yang berhemat.

Jayasilan kandasamy, 15 April 2011
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Monday, 1 August 2011

Asma Al Husna

Daniel at LCCT

Masa: Siang
Tempat: LCCT, Sepang
Tarikh: 8 Ogos 2010
Tujuan: Hantar To'ki g Acheh






LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...