BeSt ViEw - MoZiLLa FiReFoX & GoOgLe chRoME

Tuesday 31 May 2011

Info: Kenaikan Tarif Elektrik 7 Peratus Berkuat Kuasa Rabu


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang barudengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

"Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrikpercuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RRM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya.
Menurut beliau lagi, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, jumlah 'lifeline band' untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan pada kadar unit 21.8sen/kWj. "Oleh itu tiada kenaikan tarif untuk pengguna 'lifeline band' yang terdiri daripada 3.3 juta pengguna atau 55.4 peratus daripada pengguna domestik," katanya.

Jelas beliau, semakan tarif elektrik ini akan membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan. "TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.

"Sesuai dengan semakan tarif asas ini, pihak kerajaan meluluskan pakej penstrukturan tarif yang perlu dilaksanakan oleh TNB seperti menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi 'Thermal Energy Storage (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj," katanya. Kata Chin lagi, TNB perlu memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Pada sidang media yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut mengumumkan keputusan kerajaan mengenai struktur harga baru bagi gas yang yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) kepada sektor elektrik dan industri. Menurut beliau, gas kepada sektor elektrik dan industri dinaikkan sebanyak RM3.00/milion British thermal unit (MMBtu) setiap enam bulan bermula 1 Jun 2011 hingga Disember 2015.

"Harga gas akan mengikut harga pasaran bermula pada 2016.

"Langkah menyemak semula harga gas ini dibuat secara berperingkat bertujuan menangani isu herotan dalam pasaran serta mengurangkan tanggungan subsidi harga gas oleh kerajaan dan PETRONAS," katanya.

Jelas Nor Mohamed, kenaikan secara berperingkat ini memberi kepastian kepada sektor industri dalam merangka perbelanjaan operasi syarikat. Katanya, di sebalik kenaikkan berkenaan, kerajaan dan PETRONAS pada 2011 masih lagi menanggung subsidi harga gas yang dianggarkan berjumlah RM25.64 bilion.

"Harga gas terbaru ini masih kompetitif berbanding harga pasaran bahan api alternatif seperti gas petroleum cecair (LPG) dan 'Medium Fuel Oil; yang meningkat daripada USD37.05 setong pada Mac 2009 kepada USD93.98 setong pada suku pertama 2011.

"Keputusan terbaru ini tidak akan menjejaskan daya saing industri tempatan dalam jangka panjang. Sebaliknya ia akan membolehkan sektor industri membuat penyesuaian serta meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti," katanya. - mstar online

Info: Memahami Pindaan Dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:

Peranan Penyewa (Pengguna)
  1. Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
  2. Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
  3. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
  4. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
  5. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
  6. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
  7. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.
Hak Penyewa (Pengguna)
  1. Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian
  2. Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang ditandatangani
  3. Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada pemunya (jika ada)
  4. Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek. 4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual
  5. Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian
  6. Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula milikan
  7. Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil milikan oleh pemunya
  8. Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14 hari dari tarikh tersebut.
  9. Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya
  10. Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh pemunya
  11. Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.
  12. Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran yang sepatutnya
  13. Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada)
Peranan Pemunya (Bank)
  1. Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan butiran maklumat
  2. Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara bertulis
  3. Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir
  4. Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
  5. Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari
  6. Tidak boleh mengutip fi tempahan melebihi 1% daripada harga tunai barang
  7. Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan
  8. Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan
  9. Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal untuk aktiviti pengambilan semula milikan
  10. Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
  11. Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah bagi caj-caj terma
  12. Telah member Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di bawah Peraturan
  13. Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan
  14. Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah
Hak Pemunya (Bank)
  1. Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
  2. Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat tempat barang diambil
  3. Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual Kelima diberikan kepada penyewa
  4. Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi daripada harga tunai barang tersebut
  5. Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
  6. Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
    1. - Melakukan pelupusan secara fraud
    2. - Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
    3. - Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
  7. Berhak mengutip deposit minimum:
    1. - 10% secara tunai termasuk fi tempahan
    2. - Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang
Peranan Penjamin
  1. Menjadi penjamin kepada penyewa
  2. Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli
  3. Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan
Hak Penjamin
  1. Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa
  2. Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat  oleh pemunya atas jaminan
  3. Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa Beli
Hak Penjual
  1. Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada tempahan.
Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Sumber KonsumerKini

Maharaja Lawak ASTRO Minggu 9

Berikut adalah senarai peserta Maharaja Lawak Astro mengikut ranking terbaik pada pendapat aku ler untuk minggu ke 9... JAMBU mmg superb!! Maintain... Jom Layan..

TERBAIK - JAMBU + ACONG SWEETCHILD


KEDUA - SEPAH + A.R.BADUL

KETIGA - R2 + SATHIYA

KEEMPAT - JOZAN + KENCANA

KELIMA - NABIL + S.SHAHIRA

TERKELUAR... BALAS..

Friday 27 May 2011

Daniel: Misi Di Semenyih

Misi: Membersihkan laman rumah nenek semenyih
Tarikh: 3hb April 2011, pagi x ingat pukul bape.. 
Hari: Ahad
Lain2 Info: Berseorangan, tanpa bantuan mana-mana pihak sebab sepupu lain semua dah balik hari sebelumnye...





Thursday 26 May 2011

Lagu Pilihan: Ayah & Ibu

Dengar & hayati lagu ini dengan sepenuh hati...

Info: Sentiasa Berwaspada Terhadap Keselamatan Perbankan Internet

Pada 11 April, media melaporkan berita tentang seorang pengguna yang terperdaya dengan e-mel yang diterima, yang menyatakan bahawa akaun banknya telah dibekukan. Bagi membolehkan akaun tersebut diaktifkan semula, pengguna tersebut diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan di dalam laman web yang disertakan pautannya dalam e-mel tersebut. Laman web tersebut seakan-akan laman web bank pengguna tersebut. Selepas butiran peribadi tersebut dimasukkan, sebanyak RM 5,000 dalam akaun pengguna tersebut telah lesap.

Perkhidmatan perbankan internet telah bermula di Malaysia sejak tahun 2001. Menurut kajian yang dijalankan oleh AC Nielsen, perbankan internet merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh pengguna internet di Malaysia.

Kes penipuan e-mel yang dikenali sebagai phishing ini bukanlah suatu yang baru. Bagi mereka yang mengetahui tentang kewujudannya, akan segera memusnahkan e-mel tersebut. Namun begitu, masih ada juga mangsa yang terjebak kerana e-mel phishing yang meletakkan pautan ke laman web palsu yang seakan-akan seperti laman web yang sebenarnya.

Ini telah mengelirukan mangsa sehingga menyebabkan mereka memasukkan butir-butir peribadi mereka. Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Harvard pada tahun 2006, laman web phishing yang direka bentuk dengan baik dapat memperdaya 90% orang yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Wang hasil peluh mangsa dipancing oleh penipu dengan beberapa klik sahaja.

CyberSecurity Malaysia telah menerima sebanyak 143 kes phishing yang mensasarkan laman web perbankan internet di Malaysia pada tahun 2010. Aduan yang diterima tidak dapat mengambarkan situasi realiti kes phishing yang sedang berleluasa. Pengguna perlu memberikan perhatian yang serius terhadap laman web phishing ini dan melaporkan kepada pihak berkenaan supaya laman web palsu tersebut ditutup agar orang ramai tidak terjebak kepada muslihat tersebut.

Pengguna internet perlu memahami bahawa institusi kewangan tidak membuat urusniaga yang berkaitan dengan akaun pelanggan mereka dengan melalui e-mel, seperti meminta nama pengguna dan kata laluan untuk mengemas kini akaun perbankan internet.

Apabila  menggunakan perkhidmatan perbankan internet, pengguna haruslah:
  1. Memasuki laman internet itu dengan menaipkan URL yang betul. Jangan memasuki laman web tersebut menerusi pautan (link)
  2. Selalu signout selepas selesai membuat urusan dengan perbankan internet.
  3. Jangan memberitahu sesiapa tentang nama pengguna dan kata laluan anda. Ini merupakan maklumat peribadi yang penting
  4. Jangan menyimpan nama pengguna dan kata laluan anda dalam komputer
  5. Cetak penyata urusan perbankan anda sebagai rekod untuk memudahkan anda untuk mengesan balik urusan tersebut kelak.
  6. Sentiasa menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda untuk memastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan
  7. Jangan membalas sebarang permintaan yang cuba mendapatkan nama pengguna dan kata laluan akaun anda melalui telefon, faks, ataupun e-mel, walaupun ia nampak sebagai urusan rasmi atau penting
Pengguna juga perlu meningkat pengetahuan tentang teknologi terkini serta menyedari pelbagai bentuk penipuan yang berlaku kerana ia mungkin akan terjadi kepada diri mereka suatu hari nanti.  Pengguna perlu sentiasa beringat bahawa tiada benda yang percuma di dunia ini. Jangan mudah terperdaya oleh umpan-umpan yang kelihatan menarik tetapi berbahaya. Uubahlah pemikiran supaya tidak tamak dan sentiasa berwaspada kepada risiko yang tersembunyi.

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)
Monday, 9 May 2011

Hadith Minggu Ini: Menuntut Ilmu


Kelebihan Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Kepentingan Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

Sumber JAKIM

GNR Hits: Civil War

Layan... Lagu Sepanjang Zaman ni... Gun N Roses - Civil War..Versi Live (Concert) & Music Video



Wednesday 25 May 2011

Info: Kesan GST Kepada Pengguna


Kerajaan tetap dengan pendirian untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Namun terdapat segolongan rakyat Malaysia yang risau dengan pendirian kerajaan kerana beranggapan pelaksanaan GST akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

Apabila GST dilaksanakan, kerajaan telah memberi jaminan akan mengurangkan cukai pendapatan individu. Pengurangan ini membantu pengguna yang terpaksa membayar cukai pendapatan, dan dalam masa yang perlu membayar GST.

Pelaksanaan GST juga turut mengurangkan cukai korporat. Mengikut kajian apabila cukai korporat dikurangkan akan menjemput syarikat luar negara untuk melabur di Malaysia.
Dalam pelaksanaan GST beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti sayur-sayuran, beras, garam, minyak masak, tepung, telur, ikan, ayam, daging, 200 unit pertama elektrik dan 35 meter padu pertama air tidak dikenakan GST.

GST adalah sistem percukaian yang dikutip pada setiap peringkat. Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit.

Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dikuatkuasakan mulai April 2011. Tujuan utama Akta ini adalah untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga barang atau caj perkhidmatan yang melambung tinggi. Akta ini mencegah peniaga daripada mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah sehingga menjejaskan kepentingan pengguna.

Apabila GST dilaksanakan, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna daripada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang atau caj perkhidmatan pada paras yang tidak munasabah.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Thursday, 19 May 2011
Sumber http://www.konsumerkini.net.my

Info: Ketahui Hak Pengguna



 Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. 

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Sumber http://www.mypengguna.com

Info: PIDM Part II - Insuran Deposit

Bagi Bank Di Semenanjung Malaysia

Insurans deposit ialah sistem yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di institusi ahli sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli. Bank perdagangan dan bank Islam merupakan institusi ahli PIDM dan dikenali sebagai 'ahli penerima deposit' atau bank 'ahli'.

Sebagai komponen penting jaringan keselamatan kewangan yang efektif, sistem insurans deposit memantapkan perlindungan konsumer dengan menyediakan perlindungan eksplisit kepada pendeposit. Pendeposit akan mendapat tahu bila, berapa dan bagaimana deposit merekan dilindungi sekiranya institusi ahli mengalami kegagalan atau tidak berupaya membuat pembayaran kepada pendeposit.
Apakah Itu Insurans Deposit?

Di Malaysia, sistem insurans deposit berkuat kuasa pada September 2005 dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Manfaat kepada pendeposit
  • PIDM melindungi bank deposit anda dan akan mebayar balik deposit diinsuranskan anda dengan segera sekiranya berlaku kegagalan bank
  • Perlindungan ini disediakan secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan.
  • Pendeposit tidak dikenakan bayaran bagi perlindungan ini.
Manfaat kepada sistem kewangan
  • PIDM memupuk keyakinan awam dalam sistem kewangan Malaysia dengan melindungi pendeposit daripada kehilangan wang deposit mereka.
  • PIDM memperkukuh dan melengkapi rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan.
  • PIDM mengurus institusi ahli yang tidak berdaya maju dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.
PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mengurus kegagalan institusi ahli dengan cepat dan membuat pembayaran kepada pendeposit dengan secepat mungkin. Insurans deposit diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai bentuk perlindungan konsumer yang penting dan telah dilaksanakan di lebih 100 negara di seluruh dunia, dengan penubuhan sistem pertama pada 1930-an.

Semua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan semua bank Islam berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983, termasuk bank asing yang beroperasi di Malaysia, merupakan institusi ahli PIDM. Keahlian dalam PIDM adalah wajib menurut peruntukan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Institusi ahli dikehendaki mempamerkan tanda keahlian ini di semua pintu masuk cawangan. Berikut adalah senarai ahli.

Senarai Bank-Bank Perdagangan
  • Affin Bank Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • AmBank (M) Berhad
  • Bangkok Bank Berhad
  • Bank of America Malaysia Berhad
  • Bank of China (Malaysia) Berhad
  • Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
  • CIMB Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Bumiputra-Commerce Bank Berhad)
  • Citibank Berhad *
  • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad *
  • EON Bank Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  • J.P. Morgan Chase Bank Berhad
  • Malayan Banking Berhad
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  •  The Bank of Nova Scotia Berhad
  • The Royal Bank of Scotland Berhad (formerly known as ABN AMRO Bank Berhad)
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
  • Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad
  • Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad (SMBCM) 
 Senarai Bank-Bank Islam
    • Affin Islamic Bank Berhad
    • Alliance Islamic Bank Berhad
    • Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
    • AmIslamic Bank Berhad
    • Asian Finance Bank Berhad
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • CIMB Islamic Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Commerce Tijari Bank Berhad)
    • EONCAP Islamic Bank Berhad
    • Hong Leong Islamic Bank Berhad
    • Kuwait Finance House (M) Berhad
    • Maybank Islamic Berhad
    • RHB Islamic Bank Berhad
    • HSBC Amanah Malaysia Berhad
    • OCBC Al-Amin Bank Berhad
    • Public Islamic Bank Berhad
    • Standard Chartered Saadiq Berhad 
    Sumber PIDM

    GNR Hits: Patience

    Layan...

    InfoTerkini: Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG


    PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

    "Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

    Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

    Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

    Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

    Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

    Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

    Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

    -- BERNAMA

    Tuesday 24 May 2011

    Info: Keperluan Insuran atau Takaful Part I


    Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

    Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

    Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

    Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

    Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

    Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.

    Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:
    • Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
    • Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen
    • Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful
    • Melalui Internet
    Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
    • Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
    • Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
    • Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
    • Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
    • Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
    • Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.

    ** Untuk Makluman.. Sebagai  seorang Muslim dah tentu kite diwajibkan mengambil produk Takaful.. bukannye insuran (konvensional).. Setiap orang perlu ambil perlindungan takaful ni sebenarnya.. byk faedah dan kepentingannye.. tapi jangan main ambek je.. apa ejen tu kata follow je.. kalau die kata rm500 sebulan kene bayar pun ok gak.. tak boleh mcm tu.. kene ikut keperluan dan kepentingan yang berseuaian... Ada masa nanti aku akan jelaskan lebih detail..  Insyaallah..

    Layan: Mr Bean dekat Kolam Renang

    Saje rilekkan kepala... meh layan Mr Bean jap.. mmg lawak la die ni.. cume kadang2 tu lawak tak senonoh sket.. tapi yg ni kire leh layan la gak..Yang dasyat vodeo ni, viewer kat Youtube lebih dari 63 juta tu..dasat2..

    Monday 23 May 2011

    Daniel at Warung Nasi Ayam

    Aku pun dah lupe nama warung ni, kalau tak silap nasi ayam yahya.. ntah nanti aku confirm kan la lik.. kedai ni mmg antara favorite la.. waktu2 bercinta dulu mmg selalu gak makan kat sini.. lupe lak kedai ni kat area taman bukit angkasa, pantai dalam.. tepi jalan je.. selain nasi ayam..sup die pun superb.. mmg best.. daniel pun berselera makan nasi ayam kat sini.. 17hb Mei lepas g mkn kat sini.. still superb... la.. sehari sebelum daniel masuk DEMC?..hmm..






    Suatu Ketika: Anak2 buah - June 2007

    Ni koleksi gambar anak2 buah aku merangkap sepupu2 si daniel ni.. Ye la mana yang ada dalam simpanan aku le.. waktu ni papa n mama pun lom kawen g.. dah tentu le daniel lom ada g..hehe...

    Abg Irfan
    Abg Irfan
    Abg Irfan
    Abg Irfan
    Kak Alya
    Kak Alya
    Abg Syafiq & Abg Irfan
    Abg Irfan
    Abg Farid
    Abg Farid
    Abg Hadi, Kak Farah & Abg Farid

    Daniel & Senibina Ulung

    Heheh.. Takdela.. saje nak tunjuk senibina yang telah berjaya dihasilkan oleh daniel pada 10 Mei 2011.. Aku pun tak pasan die pegi lak susun cantek je depan TV.. aku pun tak tau binaan apa yang dihasilkan..hanye daniel saja yg tahu..  makin lama makin bijak anak aku ni..syabas..



    Info: Pengenalan Kepada PIDM (Part I)

    Hari ni aku nak cite sket pasal PIDM ni... Mgkn ada 3 part kot..Ni part pengenalan.. Mmg korang takkan perasan nye apa bende PIDM ni.. Apa fungsinye, apa bendenye.. Okla..Nak cite skit kalau ko g mana2 bank..cuba cek kat pintu masuk tu.. mesti ada nye sticker PIDM ni.. Ada tak? kalau takde tu payah tu beb.. bank tu tak register dengan PIDM.. haha.. meh kite cek apa fungsi dan sebagainye pasal PIDM ni...



    Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) pada tahun 2005. Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit, serta mentadbir satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.  

    Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM mempunyai kuasa meluas untuk menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, melakukan intervensi dan resolusi institusi ahli yang bermasalah serta bertindak bagi memelihara kepentingan pendeposit dan pemilik polisi.

    PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan.  Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC), terutama sekali di peringkat antarabangsa.

    Apakah perlindungan yang disediakan oleh PIDM?

    1. Sistem Insurans Deposit
    Melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di ahli penerima deposit, sekiranya berlaku kegagalan ahli penerima deposit.

    2. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
    Melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans daripada kehilangan manfaat takaful dan insurans yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.  

    Mandat Kami
    Mandat PIDM digariskan dalam Akta PIDM dan matlamatnya adalah untuk :
    1. Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful insurans;
    2. Menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit yang baginya ahli penerima deposit adalah bertanggungan serta menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans yang baginya ahli penginsurans adalah bertanggungan;
    3. Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan; dan
    4. Menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.
    Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

    Visi Kami
    Penginsurans dengan amalan terbaik.

    Misi Kami
    Kami akan:
    • Melindungi deposit Islam dan konvensional
    • Melindungi manfaat takaful dan insurans
    • Memenuhi mandat kami dengan cara yang efisien dan efektif, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami
    Teras Strategik Kami
    • Kecemerlangan operasi
    • Tadbir urus yang mantap
    • Keyakinan awam terhadap system kewangan

    Objektif Korporat Kami
    • Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat
    • Perkongsian efektif
    • Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik
    • Penilaian dan pemantauan risiko serta keupayaan resolusi yang kukuh
    • Amalan urusan dan kewangan yang mantap
    • Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan
    • Persekitaran korporat yang kondusif
    Nilai Korporat Kami
    • Pengelolaan Kewangan yang Berhemat
    • Kecemerlangan dan Profesionalisme
    • Hormat dan Adil
    • Integriti dan Kebolehpercayaan
    • Komunikasi dan Kerja Berpasukan
     sumber PIDM

    Info Terkini: Struktur Tanah Lemah Punca Tanah Runtuh-JKR

    KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.

    Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir Ashaari Mohamad berkata berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.

    "Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter. Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya ketika menyampaikan taklimat pada majlis penyampaian sumbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada mangsa tragedi tanah runtuh itu di Hulu Langat dekat sini Isnin.

    Ashaari berkata berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

    Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

    "Tanah-tanah masih bergerak dan kalau ada hujan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kita kategorikan kawasan ini sebagai tidak selamat," katanya.

    Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau berkata kedudukan antara cerun yang berketinggian 25 hingga 30 meter dengan bangunan rumah anak yatim itu juga terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki sahaja.

    "Kita menganggarkan sejumlah 3,500 isipadu tanah atau bersamaan 600 buah lori, tanah yang runtuh dan menimpa rumah anak yatim berkenaan dengan ketinggian runtuhan empat meter dan lebar 54 meter," katanya.

    Ashaari berkata cerun di kawasan rumah anak-anak yatim juga telah dipotong dan itu menyebabkan berlaku ketidakstabilan pada keadaan tanah.

    "Jadi hari ini kami nak teliti balik keadaan tanah dan melihat bagaimana kami boleh baiki semula struktur tanah ini. Kami juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengawasi keadaan sekitar kawasan perumahan di kawasan ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko sama," katanya.

    Pada majlis itu, sejumlah RM217,000 sumbangan disalurkan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor kepada 53 waris dan mangsa tragedi tanah runtuh itu dan rumah kebajikan berkenaan.

    Setiap waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 setiap seorang manakala mangsa yang terselamat menerima sumbangan berjumlah RM1,000, sementara rumah anak yatim itu mendapat sumbangan RM100,000.

    Selain itu kerajaan Selangor turut menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada setiap waris.

    -- BERNAMA

    Waris Mahu Guna Duit Sumbangan Untuk Kenduri Tahlil

    KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- "Aiman suka bersedekah. Dia suka belanja kawan-kawan makan sampai kadang-kadang sanggup tidak makan kerana mahu belanja kawan," kata Hasnah Ismail, nenek kepada seorang mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, Mohd Aiman Abdullah.

    Hasnah, 56, berkata Aiman, 10, yang tinggal dengannya sejak kecil merupakan cucu yang baik selain suka bergurau.

    Beliau berkata cucunya itu sangat suka belajar di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa itu sehinggakan apabila pulang ke rumah, arwah tidak sabar-sabar untuk kembali semula ke madrasah terbabit.

    "Selalunya dia tidak sabar-sabar untuk kembali semula ke rumah anak-anak yatim ini sampai kadang-kadang pun tak boleh tidur malam," katanya yang menetap di Pantai Dalam, Bangsar.

    Hasnah ditemui pada majlis penyampaian sumbangan RM10,000 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan kerajaan negeri Selangor yang disampaikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin di lokasi tanah runtuh itu di Hulu Langat Isnin.

    "Kali terakhir nenek jumpa Aiman 23 Mac lepas. Tapi sekarang nenek tak boleh jumpa dia lagi, nenek rindu sangat dengan Aiman," katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemu bual wartawan.

    Menurutnya sumbangan diterima hari ini akan digunakan untuk kenduri tahlil selain bercadang menunaikan ibadat haji untuk Aiman.

    Norliayah Mohd Raus, 42, pula berkata kelakuan anaknya Norahimi Rosli, 14, semakin positif selepas memasuki madrasah itu.

    "Dia masuk ke madrasah ini tahun lepas, dulu perangainya nakal tetapi bila dia dah masuk ke tempat ini perangainya semakin baik dan boleh mendengar kata," katanya.

    Norliayah berkata sumbangan RM5,000 daripada MAIS dan Lembaga Zakat Selangor akan digunakan untuk kenduri tahlil anaknya.

    Mohd Aiman dan Norahimi antara 16 mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh itu pada Sabtu lepas.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Abdul Rashid Abdul Wahab berkata polis akan menutup bilik gerakannya di lokasi kejadian selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

    "Jalan juga akan ditutup sementara kepada orang ramai semasa lawatan Perdana Menteri bagi melancarkan perjalanan keluar masuk PM ke lokasi kejadian," katanya.

    Tinjauan Bernama di sini pula mendapati pihak polis masih berkawal di sekitar kawasan kejadian.

    Keadaan kawasan kejadian juga lengang dan tidak lagi menjadi tumpuan penduduk seperti pada hari kejadian dan hanya ada pihak media yang membuat liputan serta kumpulan pasukan penyelamat mengawasi persekitaran.

    -- BERNAMA

    Sunday 22 May 2011

    Lagu Pilihan: Silaturrahim ( Bumiputra Rockers)

    Layan... Dasyat diorg ni.. Umur makin tua.. Tapi rock maintain rock!! Haha..

    Info: AC Milan No 1.. Chelsea No 2.. Okla tu


    Lupe lak nak update pasal 2 kelab favorite aku ni.. Tahun ni agak malang sket bagi chelsea.. Tapi okla no 2.. not bad.. cume si Roman tu jgn la pulak pecat ancelotti.. bagi le peluang g.. baru 2 season.. tgk ferguson tu 25 tahun beb dengan MU.. Baru menjadi.. Mcm2 cup dah kumpul..  Kat bawah ni lak kedudukan liga BPL.. Malam kang last game lawan Everton kat Goodison Park (tempat lawan).. mmg takde effect kedudukan, menang kalah tetap no 2..



    AC Milan mmg superb tahun ni..Juara liga beb.. Malam kang last game lawan Udinese kat Friuli (tempat lawan gak).. sama gak la takde effect kedudukan, menang kalah tetap champion..Kat bawah ni lak kedudukan liga Serie A



    See u all at Champion league next year!!

    hmm.. dah agak dah.. mesti kene pecat si ancelotti ni.. takpela.. apa nak buek.. 

    The statement read: "Chelsea Football Club can confirm that Carlo Ancelotti parted company with the club today (Sunday, 22 May). "The owner and board would like to thank Carlo for his contribution and achievements since taking over as manager in July 2009, which included winning the Double for the first time in the club's history.

    "However, this season's performances have fallen short of expectations and the club feels the time is right to make this change ahead of next season's preparations. Carlo will always be welcome at Stamford Bridge, where he will be given the reception and respect his position in our history deserves.

    "Chelsea's long-term football objectives and ambitions remain unchanged and we will now be concentrating all our efforts on identifying a new manager. There will be no further comment until that appointment is made." - soccernet.com

    Saturday 21 May 2011

    InfoTerkini: 24 Orang Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat (Updated)


    KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.

    Setakat 8 malam, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

    Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.

    Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

    Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang. Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.

    Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

    "Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

    Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian. Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

    Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

    -- BERNAMA

    'Tiba- Tiba Tanah Kejar Saya': Saksi Tragedi Tanah Runtuh 

    KAJANG: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

    Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

    "Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

    Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

    Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

    Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

    Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

    "Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

    "Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

    - TV Selangor (tvsnews.net)



    Lima Mangsa Dirawat Di Hospital Ampang Stabil
     
    KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang dimasukkan ke Hospital Ampang pada Sabtu dilapor berada dalam keadaan stabil.

    Tiga lagi kritikal, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab.

    Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke hospital itu pada pukul 4.46 petang hingga 8.23 malam.

    Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat, 12, (cedera tangan kiri); Muhd Alauddin Sobri, 14, pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Pandan Mewah (patah tangan kiri); Muhd Syafiq Ibrahim, 21, warden (patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher); Khairul Anuar Nasri, 9, (luka kaki kanan); dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu.

    Ab Rashid berkata kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah.

    Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi.

    Sehingga awal pag, seramai 12 orang maut, sembilan cedera dan empat lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa pada Sabtu.

    -- BERNAMA

    Tanah Runtuh : 16 Terkorban, 9 Selamat 

    KAJANG 22 MEI :Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

    Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. 

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

    Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

    Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

    Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

    "Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.

    Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit ini menempatkan 49 orang penghuni termasuk lima penjaga.

    Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, kesemua anak yatim berada di sebuah khemah untuk menghadiri satu majlis apabila runtuhan tanah dari bukit berhampiran menimbus keseluruhan khemah yang terletak di luar rumah anak yatim.

    Runtuhan juga turut merosakkan surau berdekatan.

    Punca kejadian masih disiasat dan pihak kerajaan negeri Selangor juga difahamkan akan mengeluarkan laporan dalam masa terdekat berhubung punca runtuhan.
    - TV Selangor

    Anak yatim maut tertimbus syahid

    SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

    Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

    “Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

    Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

    Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

    Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

    “Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya.
    - Sinar Harian

    Sultan Selangor lawat lokasi kejadian tanah runtuh

    23/05/2011 11:43am

    KUALA LUMPUR 23 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencemar duli melawat tapak kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di sini hari ini.

    Baginda tiba kira-kira pukul 10.30 pagi dan diberikan taklimat penuh mengenai kejadian itu oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab. - Utusan

    AL-FATIHAH...

    Hadith Minggu Ini: Berkaitan Pemimpin & Kepimpinan

    Kepimpinan
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.

    Usah Pentingkan Diri Sendiri
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).

    Golongan Yang Tidak Dipandang Allah S.W.T
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.

    Pemimpin Silih Berganti 
    Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu, Baginda bersabda, Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka

    Pemerintah Wajib Berlaku Adil
    Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut

    Suami Yang Bertanggungjawab
    Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda:'Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumahtangga) akan diberi pahala juga oleh Allah.

    Pemimpin Yang Adil mendapat kedudukan Tinggi disisi Allah
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka

    Amanah Itu Berat
    Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.

    Kewajipan Pemimpin
    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.

    Pemimpin Jangan Mementingkan diri sendiri
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? Baginda s.a.w. menjawab, hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.

    Sumber: JAKIM
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...